Aplikasi Maybank Dan Maybank2u Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan


Kemaskini 27 Oktober 2020, 8.49am: Kedua-dua perkhidmatan ini telah pulih sepenuhnya dan kembali beroperasi seperti biasa.



Kemaskini 26 Oktober 2020, 8.55pm: Maybank memaklumkan laman web Maybank2u kembali beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, aplikasi Maybank2u masih mengalami gangguan sementara di mana Maybank dalam usaha untuk membaikpulih isu tersebut.

Sebagai alternatif, pengguna boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi MAE untuk melakukan transaksi perbankan tanpa sebarang gangguan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.



Artikel asal: Maybank kini mengesahkan sedang mengalami gangguan sementara bagi akses untuk perkhidmatan aplikasi Maybank MY dan laman web Maybank2u buat masa ini.



Melalui tinjauan di laman sosial, ia menunjukkan rata-rata pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan itu turut melahirkan keluhan atas masalah tersebut.




Maybank menyatakan masalah tersebut sedang dibaikpulih. Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila perkhidmatan ini dijangka pulih sepenuhnya.

Isu baik pulih perkhidmatan aplikasi Maybank dan Maybank2u juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.