Aplikasi iTunes Dikhabarkan Bakal Digantikan Dengan Aplikasi Yang Lebih Baik

Adakah Apple akan mematikan iTunes?


iTunes adalah sebuah aplikasi pemain muzik yang sedia didatangkan bersama macOS di dalam komputer Apple Macintosh. Versi perta iTunes 1.o diperkenalkan pada awal tahun 2001 dahulu, tetapi hanya untuk sistem operasi Mac sahaja.

Hanya pada Oktober 2003, barulah iTunes boleh dipasang pada sistem operasi Windows. Sejak dari versi pertamanya sehinggalah versi terkini iTunes 12, Apple telah menambah pelbagai ciri-ciri menarik.

Walaupun pada awalnya ia hanyalah sekadar aplikasi pemain muzik sahaja. Tetapi iTunes telah berevolusi dari aplikasi pemain muzik kepada aplikasi yang menyediakan pelbagai servis seperti sewa beli lagu-lagu, filem, rancangan tv, muat turun permainan, menguruskan kandungan di peranti iPod dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, iTunes semakin lama menjadi semakin kompleks di mana Apple melonggokan hampir kesemua servis atas talian mereka ke dalamnya.

Menjadikan aplikasi tersebut terlalu padat sekaligus menjadikannya tidak mesra pengguna dan capaian-capaian servis di iTunes begitu mengelirukan pengguna.

Tetapi khabar angin terbaru menyatakan Apple bakal memisahkan servis-servis yang ada di iTunes dengan membangunkan aplikasi khusus untuk servis-servis tersebut.

Sebagai contoh servis Podcast dan rancangan TV bakal dipisahkan dari iTunes dengan pembangunan aplikasi khas untuk servis-servis tersebut. Sepertimana yang dilakukan pada aplikasi Books sebelum ini.

Aplikasi iTunes mungkin akan ditamatkan sahaja oleh Apple dan menggantikannya dengan aplikasi baru. Atau Apple mungkin sahaja akan meneruskan pembangunan iTunes tetapi menjadikannya kepada aplikasi yang lebih ringkas.

Sama-sama kita nantikan perkembangan nasib aplikasi iTunes ini di acara WWDC 2019 yang akan berlangsung pada Jun akan datang.

Pada acara tersebut dijangkakan Apple akan memperkenal dan membentangkan rancangan jangka panjang mereka khususnya untuk sistem operasi bagi peranti-peranti utama mereka iaitu macOS, tvOS, iOS dan watchOS.

Berkaitan