Ikuti kami di media sosial

Berita

Aplikasi Intel Graphics Command Center Ditambah Baik Dengan Rekaan Dan Ciri Terbaru

ariff bukhari

Ditulis

pada

Aplikasi tetapan grafik komputer ini secara automatik akan mengoptimasikan kualiti grafik komputer yang dikuasakan oleh cip Intel.

Kepada anda yang memang bergantung kepada kuasa grafik terbina dalam yang ada pada cip pemprosesan Intel untuk komputer anda, kini anda boleh menggunakan aplikasi Intel Graphics Command Center bagi mengkonfigurasikan tetapan grafik terbaik bagi komputer tersebut.

Aplikasi tersebut sudah pun oleh dimuat turun secara percuma dari laman Microsoft Store.

Aplikasi ini menggantikan antaramuka tetapan grafik yang membosankan di dalam Windows.

Ia pada asasnya dinaik taraf reka bentuk dari panel kawalan grafik Intel yang lama kepada antaramuka baru yang lebih moden. Ia juga dilengkapi dengan pilihan yang  lebih mudah difahami pengguna untuk melakukan sebarang tetapan padanya.

Ia juga dilengkapi dengan ciri automatik yang dapat membantu pengguna membuat tetapan terbaik bagi prestasi komputer mereka berdasarkan kepada spesifikasi perkakasan sesebuah komputer yang mereka gunakan.

Tetapi aplikasi ini juga kini membenarkan pengguna membuat tetapan manual mengikut citarasa sendiri bagi setiap permaianan yang mereka mainkan.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini hanya menyokong cip pemprosesan Intel Core dari generasi ke-6 dan terbaru sahaja.

Keperluan minimum yang diperlukan pula bagi menjalankan aplikasi ini adalah sistem operasi Windows 10 x64 versi 16299.0 atau terbaru, Windows 10 x64 versi 16299.0 atau terbaru dan Xbox One.

Malah tetapan yang ada pada aplikasi ini juga hanya menyokong 30 permainan video sahaja buat masa ini..

Namun begitu, Intel menyatakan bahawa mereka dalam perancangan untuk meluaskan lagi sokongan aplikasi tersebut kepada lebih banyak permainan video pada masa akan datang.

Sumber: PCmag

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular