Aplikasi Instagram Kini Mampu Digunakan Secara Offline Untuk Peranti Android

Pada sidang Facebook F8 semalam, aplikasi sosial yang begitu terkenal milik Facebook, iaitu Instagram diumumkan mengetengahkan sokongan offline untuk peranti Android.

Ini tidak bermakna pengguna sentiasa boleh menggunakan aplikasi tanpa sambungan internet. Anda hanya boleh melihat, like dan komen pada isi kandung yang telah dimuatkan sebelum ini.

Mana-mana profil yang anda telah lawati sebelum ini masih boleh dilihat, bersama-sama dengan kiriman gambar rakan-rakan lain yang telah dimuatkan dalam tab. Anda juga dapat menyimpan kiriman untuk koleksi peribadi anda sendiri, serta menulis kiriman baru untuk disimpan sebagai draf.

Sebaik sahaja telefon kembali dihubungkan dengan internet, segala komen dan isi kandung offline yang dihasilkan tadi akan disiarkan secara automatik. Namun, Facebook sendiri tidak pula menyentuh mengenai fungsi offline ini pada Instagram Stories kerana offcourse mestilah kena ada internet untuk buat video live ye dak?

Pengumuman ini sudah tentu diterima baik oleh pengguna Instagram terutamanya di Malaysia kerana internet kat sini tersangatlah slow. Ciri baru yang diperkenalkan ini dilihat sudah diketengahkan oleh Facebook dengan Facebook Lite, lebih ringan dan juga menyokong ciri offline seperti ini.

Sumber