Aplikasi Ini Wujudkan Takuk Untuk Telefon Pintar Anda Sekarang

Melihat berita mengenai peranti-peranti yang bakal keluar untuk tahun 2018 ini, nampaknya rekaan takuk adalah tema rasmi untuk peranti Android tahun ini. Apple mengeluarkan rekaan takuk untuk iPhone X kerana menyertakan modul pengecaman wajah 3D di situ manakala peranti Android yang lain tidak menggunakan teknologi yang sama untuk peranti mereka. Cuma peranti Xiaomi dan Huawei sahaja dikatakan akan memasang teknologi sepertinya di peranti mereka.

Namun tidak perlu risau pengguna Android sekalian. Kini sudah wujud satu aplikasi di Google Play Store yang boleh mewujudkan 'takuk' di dalam skrin anda. Anda boleh menikmati pengalaman menggunakan peranti yang memperlihatkan takuk. Tidak lagi perlu berbelanja tinggi untuk peranti baru jika takuk menjadi faktor utama dalam membeli telefon pintar seterusnya.





 

Aplikasi ini juga untuk mereka yang sedang berkira-kira untuk membeli telefon pintar tahun ini. Ini untuk membiasakan diri mereka dengan takuk yang bakal hadir dalam hidup mereka selepas ini dan adakah mereka sudah bersedia untuk menerima takuk ini dalam kehidupan.

Muat turun aplikasi XOutOf10 di Google Play Store sekarang.