Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Mengawal “Depth Effect” Pada Gambar Potrait/Bokeh

Posted on September 16, 2019September 16, 2019

Gambar potrait atau dikenali sebagai bokeh dilihat amat popular di kalangan para pengguna sejak akhir ini. Jika dilihat di media sosial seperti Instagram dan juga Facebook, ramai di kalangan pengguna memuatnaik gambar potrait/bokeh ini.

Pada tahun lalu, Apple telah mengeluarkan satu mod untuk mengawal kesan blur pada gambar potrait/bokeh pada peranti terbarunya ketika itu iaitu Iphone XR, Iphone XS dan juga XS MAX. Mod ini dinamakan “depth control” dan ketika pelancaran, mod ini hanya boleh digunakan selepas mengambil gambar iaitu dengan mengedit di dalam galeri.

Selepas kemaskini IOS 12.1 para pengguna ketiga-tiga peranti tersebut boleh melakukan mod ini ketika sedang mengambil gambar.

Namun begitu, mod ini tidak terdapat pada peranti sebelumnya yang mampu mengambil gambar potrait seperti Iphone 7Plus, Iphone *Plus dan Iphone X.

Untuk mendapatkan kawalan “depth effect” pada gambar potrait/bokeh, anda perlu memuat turun aplikasi yang bernama FOCOS di AppStore dan setakat hari ini masih belum ada di dalam Playstore.

Muat turun aplikasi ini di App StoreĀ 

 

Selepas muat turun aplikasi ini dan membukanya, pilih gambar potrait/bokeh di dalam galeri peranti anda untuk di edit.

Selepas memilih gambar, anda akan dapat melihat bacaan aperture bagi gambar potrait?bokeh anda. Kalau bagi pengguna Iphone, selalunya default image potrait mod aperture ialah f4.5.

Seterusnya jika anda mahukan gambar potrait/bokeh anda lebih kabur, anda hanya perlu mengawal slaid yang dipaparkan dan jumlah maksimum aperture bagi aplikasi ini ialah sama seperti mod “depth control” pada Iphone XS iaitu f 1.4.

Lihat hasilnya, kini background gambar potrait/bokeh tersebut lebih kabur dari sebelumnya. Pelbagai lagi fungsi yang terdapat pada aplikasi ini seperti memilih corak kabur pada gambar potrait, menjadikan gambar potrait sebagai animasi AR dan pelbagai lagi.

Jadi, buat pengguna Iphone 7Plus, 8Plus dan juga X, anda juga boleh mengawal “depth effect” seperti iphone XS dengan menggunakan aplikasi ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress