Aplikasi Ini Bukan Setakat Putarkan Lagu, Tapi Boleh Ingatkan Anda Tentang Waktu Solat

Saban tahun banyak aplikasi telefon pintar diperkenalkan dan ia dibangunkan dengan satu tujuan, tak lain tak bukan, membantu pengguna dalam penggunaan seharian.

Jika dahulu, setiap aplikasi hanya dibangunkan dengan satu fungsi sahaja, seperti contoh, aplikasi radio hanya putarkan lagu, aplikasi kiblat dan waktu solat hanya paparkan informasi berkaitan ibadah, itu sahaja.

Pernahkah anda terfikir,bukankah menyusahkan bagi kita sebagai pengguna untuk memuat turun bermacam-macam aplikasi, tetapi setiap satunya hanya terhad kepada satu fungsi sahaja?

Sebagai pengguna yang bijak, sudah tentu kita akan memilih aplikasi yang boleh memudahkan pelbagai urusan seharian dan salah satu aplikasi tersebut adalah aplikasi Zayan.

Apa itu Zayan?

Ia merupakan aplikasi dari sebuah stesen radio tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Zayan. Ok sebelum kita cerita pasal aplikasi radio dalam talian itu, apa kata kita kenal-kenal dulu dengan stesen radio berbahasa Malaysia ini.

Zayan ialah sebuah stesen radio dibawah payung Astro Radio yang mana pelancarannya telah dibuat pada awal Oktober 2017 yang lepas.

Siapakah penyampai stesen radio ini?

Dibarisi oleh lima penyampai yang petah berbicara dalam menghiburkan pendengar seperti Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq.

Bertemakan sebagai stesen radio muslim kontemporari, Zayan menyajikan lagu-lagu terkini berkonsepkan pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa, disamping menyelitakan nilai-nilai agama didalam penyampaian mereka.



Berbalik pada aplikasi Zayan, ia sangat berbeza daripada aplikasi radio dalam talian yang lain. Apa bezanya?

Tidak hanya sekadar memutarkan lagu, ia turut memaparkan waktu solat berdasarkan lokasi yang ditetapkan dan turut menawarkan beberapa fungsi yang lain.

Buka sahaja aplikasi, sudah sedia terpampang waktu solat lengkap dengan fungsi cari arah kiblat. Tiada alasan lagi untuk anda terlupa waktu solat sudah masuk!



Pendek kata, aplikasi ini menyediakan hiburan tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan ibadah yang wajib kita laksanakan.

Antara fungsi yang boleh kita akses adalah video bacaan  ayat Al-Quran yang sayup telinga mendengar. Melaluinya surah dibahagikan kepada 30 hari, bermakna satu hari anda boleh mendengar 5 video bacaan ayat Al-Quran. Menarik bukan?



Fungsi seterusnya adalah carian masjid. Bayangkan kita berada diluar kawasan dan tidak begitu arif dengan selok belok tempat itu. Waktu solat semakin hampir tetapi jangan risau, Zayan boleh bantu anda kenal pasti masjid yang berhampiran.

Tekan sahaja butang Mosque Finder, ia terus memaparkan masjid-masjid dikawasan sekitar.



Pernah tersilap kira ketika sedang berzikir? Eh rasa macam dah baca 33 kali, eh ke baru 30? Usah khuatir saudara-saudari sekalian, aplikasi Zayan dilengkapi dengan ciri tasbih. Sekali zikir sekali tekan, kiraan lebih jelas tanpa rasa was-was.



Ada lagi fungsi menarik?

Ada. Aplikasi ini mempunyai dua sistem kalendar, Hijrah dan Masihi. Semua faham tak ramai daripada kita mengetahui tentang bulan-bulan dalam kalendar Hijrah.

Sangat mudah untuk gunakan ciri ini, tekan butang Gregorian dan Hijri, paparan akan berubah-ubah mengikut sistem kalendar pilihan anda.



Anda suka kirim ucapan kepada keluarga dan teman? Takkan hantar pesanan teks je? Jadi lebih kreatif dengan cipta kad ucapan digital menerusi ciri Greeting Card.

Sangat mudah nak reka ucapan kerana Zayan senaraikan pelbagai gambar latarbelakang yang menarik, kalimah-kalimah zikir, dan juga kata-kata hikmah.

Hanya perlukan dua langkah asas yang mudah. Pilih latarbelakang, pilih ayat dan ia sedia untuk dikongsikan kepada kenalan. Kalau nak lagi cantik, anda boleh ubah warna tulisan dan kepekatan warna latarbelakang.



Sekarang anda sudah faham kenapa Zayan bukanlah aplikasi radio dalam talian yang biasa?

Tak perlu lagi muat turun berjenis-jenis aplikasi, cukup dengan Zayan, macam-macam anda boleh lakukan. Dari dengar lagu, paparan waktu solat hinggalah kepada mencipta kad ucapan pun Zayan sediakan.

Bagi anda yang berminat, aplikasi Zayan ditawarkan dalam dua platform telefon pintar, Android (muat turunserta iOS (muat turun). Muat turun sekarang dan dengarkan celoteh dari penyampai-penyampai Zayan seawal 6 pagi hinggalah ke tengah malam.

Tunggu apa lagi? Pi le download.

Dibawakan khas oleh Astro