Aplikasi Ini Boleh Semak Kadar Gula Yang Terkandung Didalam Minuman

Reading Time: 1 minute

Bagi sesetengah pengguna yang mementingkan pemakanan sihat, antara perkara yang diteliti adalah kandungan gula pada minuman. Maklumat kandungan tersebut sudah tersedia pada label botol atau tin minuman tetapi kadangkala pengguna mungkin mengalami kesukaran mencarinya.

Untuk memudahkan semakan dibuat, seorang pemuda di Jepun telah membangunkan sebuah aplikasi yang mana ia turut serta menggambarkan jumlah gula terkandung didalam minuman.


Cara ia berfungsi sangat mudah iaitu dengan hanya mengimbas kod bar pada botol minuman. Membezakan aplikasi ini dengan yang lain adalah ia boleh memvisualkan informasi tersebut dengan memaparkan jumlah kiub gula dalam minuman. Aplikasi ini dibangunkan setahun yang lalu namun menurut Shimizu ia telah ditangguhkan. Oleh kerana mendapat perhatian hangat daripada orang ramai, Shimizu akan menawarkannya pada App Store yang mana ketika ini ia sedang dalam proses menunggu kelulusan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *