Aplikasi Ini Boleh Bantu Anda Bandingkan Isyarat Telco Di Kawasan Anda

Sedang mencari telco yang bersesuai dengan tempat tinggal anda tapi tak tahu yang mana lebih bagus? OpenSignal mungkin boleh bantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

OpenSignal merupakan sebuah aplikasi yang mana anda boleh mengenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan. Melaluinya juga anda boleh menguji kelajuan, mencari menara telco dan WiFi Hotspot yang terdekat.

Muat turun OpenSignal dari Google PlayStore atau App Store, dan setelah siap dimuat turun, buka untuk aktifkan aplikasi.



Untuk menyemak liputan isyarat mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan, pergi ke simbol Coverage dibahagian kanan bawah.

Pergi ke butang carian dan taip nama kawasan yang dikehendaki pada ruang Search City, dan disebelah kiri pilih Show All untuk semua penyedia telco dan jenis rangkaian sama ada 2G, 3G atau 4G. Seperti contoh dibawah.


*Buat masa sekarang pihak pembangun menyatakan dalam aplikasi mereka sedang meningkatkan lagi ciri carian untuk mengurangkan penggunaan data. Sekiranya tidak berjaya mendapatkan lokasi yang dicari, cuba untuk cari bandar yang berdekatan dan gerakkan peta ke lokasi yang dimahukan

Setelah itu, tekan View Network Stats. Paparan akan menunjukkan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan dikawasan tersebut. Ia juga akan menunjukkan Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability.



  • Download Speed - Kelajuan muat turun maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)

  • Upload Speed - Kelajuan muat naik maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)

  • Latency - Masa yang diperlukan untuk peranti anda menghantar data ke menara telco yang terdekat (lebih rendah lebih bagus)

  • Reliability - Tahap kestabilan liputan rangkaian di kawasan terbabit (lebih tinggi lebih bagus)


Sekiranya anda mahu membandingkan isyarat telco yang sedang digunakan dengan telco lain atau terpaksa berpindah ke lokasi baru dan tidak mempunyai idea bagaimana liputan dikawasan tersebut, aplikasi OpenSignal mungkin boleh membantu anda.

 

Berkaitan