Aplikasi Hobbi Keluaran Facebook Seakan Pinterest

Baru-baru ini, Facebook memperkenalkan satu aplikasi baru keluarannya yang dipanggil Hobbi. Aplikasi ini dikatakan seakan aplikasi Pinterest, di mana pengguna boleh mendokumenkan projek seharian. Ia seakan Instagram Stories juga, akan tetapi terhad dalam penyuntingan untuk dijadikan video yang pendek.

Aplikasi yang dibangunkan oleh NPE Team ini, memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memuat naik hobi masing-masing seperti memasak, bercucuk tanam, menghias rumah dan sebagainya. Hobbi dilancarkan di beberapa negara pertama seperti Colombia, Belgium, Sepanyol dan Ukraine. Mengikut pengalaman, pengguna di Malaysia juga sudah boleh muat turun aplikasi ini.

hobbi

Selain itu, Facebook juga telah melancarkan beberapa aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun yang sama. Antaranya adalah aplikasi Bump dan aplikasi Aux. Aplikasi Bump berfungsi sebagai satu platform untuk berbual bersama kenalan. Manakala aplikasi Aux adalah satu aplikasi muzik sosial.

Setakat ini, aplikasi Hobbi ini hanya ditawarkan pada pengguna iOS 11.0 dan ke atas sahaja. Ia juga serasi dengan peranti seperti iPhone, iPad dan iPod Touch. Untuk pengguna Android tiada maklumat yang lebih lanjut lagi.