Aplikasi Google Gmail Dan Play Store Sudah Mula Menyokong Mod Gelap Di Android 10

Pembangun aplikasi pihak ketiga juga sudah mula sedia untuk menyokong mod gelap di Android 10.


Google telah mula memuatkan ciri mod gelap terbina dalam bagi aplikasi utama mereka iaitu aplikasi emel Gmail dan Play Store khusus untuk pengguna peranti Android terbaru yang menyokong versi terkini sistem operasi Android 10.

Tetapan bagi mengaktifkan antaramuka mod gelap tersebut boleh diaktifkan terus menerusi Settings peranti tersebut. Versi aplikasi Gmail terkini (v2019.08.18.267044774) didapati sudah mula menyokong penuh ciri mod gelap Android 10.



Selain Gmail, Play Store pada Android 10 juga sudah turut menyokong penuh ciri mod gelap tersebut.



Para pembangun aplikasi pihak ketiga juga didapati sudah mula sedia untuk aplikasi mereka  menyokong ciri mod gelap Android 10. Antara yang terawal adalah aplikasi Reddit dan Microsoft Outlook.

Sistem operasi Android 10 sudah pun mula dilepaskan sejak beberapa hari lalu dan beberapa peranti Android sudah pun menerima lebih dulu versi terbaru Android tersebut termasuklah Google Pixel, Essential Phone dan Redmi K20 Pro.

Sumber: XDA Developer

Berkaitan