Aplikasi Google Daydream Keyboard Memudahkan Pengguna Menaip Dalam Daydream VR





Google Daydream VR akan dipasarkan secara rasmi bermula pada bulan November ini. Mereka juga menampilkan aplikasi Daydream Keyboard dimana ianya boleh dimuat turun di Google Play Store sekarang, tetapi anda tidak boleh menggunakannya sehingga Daydream VR headset di keluarkan di pasaran. Keterangan di aplikasi tersebut sangat ringkas dimana mereka hanya memberitahu tentang aplikasi ini digunakan sebagai papan kunci realiti maya.







'Screenshot' yang dipaparkan di Google Play Store hanya menunjukkan penggunaan dan situasi sebenar papan kekunci ini di dalam realiti maya. Ianya mempunyai ciri QWERTY dan beberapa kunci nombor di bahagian kiri dan 'search bar' yang terapung di atas.



Sama-sama kita nantikan.