Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Gmail Kini Sokong Buat Panggilan Audio Dan Video

Posted on Disember 9, 2021

Google baru-baru ini telah mengumumkan fungsi baharu untuk aplikasi Gmail mereka yang mana pengguna boleh membuat panggilan audio serta video.

Jika terdahulu, pengguna masih boleh membuat panggilan dengan rakan-rakan, cumanya mereka perlu menghantar pautan jemputan Google Meet.

Namun, kini tidak lagi kerana aplikasi Gmail selepas ini mempunyai ikon telefon dan juga video bagi memudahkan pengguna untuk membuat panggilan. Akan tetapi, ia terhad kepada seorang sahaja dalam satu-satu masa.

Fungsi baharu ini sudah pun mula ditawarkan buat semua pengguna Google Workspace, G Suite atau akaun Google peribadi.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Pelanggan Google One iOS Akan Dapat Ciri Baharu Untuk Google Photos

  • Cara Untuk Memadam Keseluruhan “E-Mail” Gmail

  • Cara Mendapatkan Pautan Bagi Muat Turun Pada Fail Pada Google Drive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress