Aplikasi GIF Google, Motion Stills Kini Hadir Pula Untuk Android

Motion Stills merupakan sejenis aplikasi yang memudahkan pengguna mengambil gambar dalam bentuk GIF, sama fungsi seperti Boomerang di Instagram.

Google telah membawakan aplikasi yang sangat cool ini untuk peranti iOS pada tahun lepas dan menerima pujian terutamanya dari The Verge dan Mashable dan menjadi antara aplikasi terbaik 2016.

Pelik jugak kenapa Google baru sekarang membawakan aplikasi ini untuk peranti Android.



Melalui Motion Stills, pengguna dapat menghasilkan dua hasil berbeza. Pertama dengan menggunakan fungsi Motion Still. Ianya merakam video selama 3 saat dan menghasilkan dambar dalam bentuk GIF.



Yang kedua pengguna dapat menghasilkan video dalam bentuk Fast Forward. Menurut Google, aplikasi ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi penstabilan secara real-time tanpa perlu menunggu ianya diproses.



Meh abang nak payung sikit. Try la, best app ni.



Sumber: Google Research Blog