Aplikasi ini amat popular dikalangan pengguna yang suka 'stalk' akaun pengguna Instagram.
Google telah mengambil tindakan terhadap aplikasi kontroversi, Ghosty dari Play Store mereka. Ia tidak lama selepas laporan tentang aplikasi tersebut yang amat popular dikalangan pengguna Instagram bagi mengintip akaun pengguna Instagram.
Aplikasi Ghosty mula ditawarkan di Play Store sejak April lalu dan telah dimuat turun lebih daripada 500,000 kali sejak ia mula ditawarkan.
Aplikasi yang memiliki ciri intip memang tidak dibenarkan kerana ia menyalahi terma dan syarat yang ditetapkan oleh Google.
Jadi, tidak menghairankan ia dibuang dengan segera oleh pihak Google dari Play Store,
Sebelum ini, Apple juga telah membuang aplikasi yang bercirikan sama seperti Ghosty iaitu Like Patrol dari App Store kerana didapati melanggar polisi dan cara pengumpulan data yang ditetapkan mereka.
Sumber: Android Police
Berkaitan
- Elon Musk Dakwa IQ Pengguna Instagram Kurang Dari 100
- 7 Kecacatan Kritikal Pelayar Chrome Mendedahkan Aplikasi Tersebut Kepada Penggodaman
- Google Play Games Beta Pada PC Terima 4 Kemas Kini Besar
- 8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker
- Kemas Kini Windows 10 Memberikan Masalah Menjengkelkan Kepada Pengguna Pelayar Google Chrome
- KDN Keluarkan Amaran, Jangan Pasang Aplikasi Pinjaman Wang Ini
- Google Play Store Kini Dengan Tetapan Menutup Ciri Memainkan Video Automatik
- Aplikasi TikTok Sudah Melepasi 1.5 Bilion Muat Turun
- 2 Aplikasi Terbaru Dari Google Ini Mungkin Dapat Membantu Ketagihan Telefon Pintar
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual