Aplikasi Fitbit Telah Dimuat Turun Oleh 50 Juta Pengguna Android

Fitbit menawarkan produk pengesan kecergasan yang digunakan secara meluas di peringkat global. Antaranya termasuk Ionic, Versa dan Charge. Terbaru, aplikasi pengesan kecergasan itu telah mencatatkan lebih 50 juta muat turun di Google Play.

Fitbit malaysia

Bilangan sebenar pengguna pengesan kecergasan itu mungkin adalah jauh lebih banyak. Ini kerana dengan mengambil kira tidak semua pengguna Fitbit memuat turun aplikasi tersebut dan memilih menggunakannya tanpa aplikasi. Ditambah pula jika pengguna Fitbit itu adalah pengguna iOS atau yang mempunyai lebih dari satu pengesan kecergasan Fitbit.

Selain Fitbit, aplikasi pengesan kecergasan Mi Fit juga telah mencatatkan lebih 50 juta muat turun pada Januari lalu.

Sumber: Android Police

Beli barangan Fitbit dari:

Lazada (https://invol.co/clp4x1)

Shopee (https://invol.co/clp4x2)

Berkaitan