Aplikasi Facebook Messenger Kini Tersedia Untuk Platform Windows Dan Mac

Aplikasi Facebook Messenger yang kebiasaannya digunakan pada telefon pintar, kini telah dilancarkan di desktop. Aplikasi tersebut tersedia bagi Windows dan Mac.

Pembaharuan yang dilakukan ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menggunakan Messenger di desktop. Selain dilengkapi dengan ciri mod gelap, aplikasi ini juga menawarkan panggilan video berkumpulan tanpa had.



Messenger Desktop

Messenger comes to the big screen. Messenger desktop for MacOS and Windows is here. bit.ly/MessengerDesktop

Posted by Messenger on Thursday, April 2, 2020


Tambahan lagi, pengguna juga boleh mendapatkan notifikasi dari perbualan yang baru dan juga diberi pilihan sama ada mahu ‘mute’ atau ‘snooze’ notifikasi tersebut.

Pengguna boleh muat turun aplikasi Facebook Messenger untuk desktop di Microsoft Store atau Mac App Store.

Sumber : The Verge, Facebook