Aplikasi Facebook Messenger Anda Akan Dimuatkan Dengan Iklan

Beberapa tahun sebelum ini Facebook memaksa pengguna untuk menggunakan aplikasi berbeza untuk mesej kenalan di laman sosial tersebut. Kini mereka bakal menampilkan pula iklan dalam aplikasi pemesejan tersebut.

Facebook berkata pada Selasa yang lalu mereka kini sedang menguji ciri pengiklanan di aplikasi popular Messenger mereka secara global yang ketika ini mempunyai sebanyak 1.2 billion pengguna aktif setiap bulan.



Facebook mahu mengurangkan iklan di aplikasi utama dan mahu membahagikan slot iklan di aplikasi milik mereka yang lain seperti Messenger, Instagram dan WhatsApp. Hanya WhatsApp yang masih belum dimuatkan dengan iklan.



Sumber: theguardian.com