Kenapa Kami Lebih Gemar Gunakan Pelayar Web Untuk Melayari Facebook

Boleh dikatakan pada hari ini, hampir 90% daripada pengguna telefon pintar menggunakan peranti mereka untuk melayari laman media sosial seperti Facebook dan Twitter. Terdapat dua cara bagi melayari semua laman media sosial popular ini, iaitu dengan menggunakan aplikasi yang dipasang terus ke peranti atau boleh juga menggunakan pelayar Internet seperti Google Chrome mahupun Safari. Namun sejak kebelakangan ini, aplikasi Facebook semakin kurang digunakan sebagai medium untuk melayari Facebook. Para pengguna lebih berminat untuk mengunakan pelayar Internet bagi melayari laman sosial tersebut.



Hal ini antaranya disebabkan oleh penggunaan ruang simpanan telefon yang besar oleh aplikasi Facebook ini. Aplikasi ini sahaja, pada kemaskini terbarunya, sudah menggunakan sehingga lebih 500 MB daripada kapasiti storan dan jika aplikasi Messenger turut dipasang pada telefon, ia akan memenuhi ruang simpanan sebanyak lebih 300 MB lagi. Perkara ini mungkin tidak terlalu diambil berat oleh pengguna telefon pintar kelas perdana, namun bagi pengguna peranti yang mempunyai ruang simpanan 16 GB atau kurang, perkara ini akan dipandang lebih serius. Jadi pengguna-pengguna ini akan memilih untuk memadamkan aplikasi Facebook ini daripada peranti mereka demi menjimatkan penggunaan ruang simpanan, seterusnya mengelakkan proses operasi peranti menjadi lebih lambat.



Selain daripada menggunakan kapasiti simpanan yang banyak, aplikasi ini juga dikatakan menjadi punca kepada kehilangan kuasa bateri dengan lebih pantas. Bagi pengguna iOS, peranti ini diberitakan mempunyai bugs yang mengakibatkan bateri cepat habis manakala pengguna Android pula kehilangan hampir 20% daripada kuasa bateri hanya disebabkan aplikasi ini berjalan secara dibelakang tabir. Jadi, bagi menjimatkan penggunaan bateri peranti, ramai pengguna telah memadamkan aplikasi ini.

Walaubagaimanapun, aplikasi ini juga memudahkan pengguna untuk melayari akaun Facebook mereka. Jadi bagi membantu pengguna untuk dapat menggunakan Facebook dengan lebih pantas, pengguna boleh meletakkan laman Facebook di skrin utama dengan cara di bawah.

1.Buka akaun Facebook anda menggunakan pelayer internet pilihan anda (contoh dalam gambar adalah menggunakan Google Chrome).

2. Kemudian klik pada 'Add to Home screen' seperti gambar di bawah.



Sumber