Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
New LG ThinQ App 01

Aplikasi Dari LG Mudahkan Arahan Suara Berhubungan Dengan Perkakasan Rumah Pintar

Diterbitkan September 3, 2019 oleh Haikel Areff

Kini, LG Electronics (LG)  memperkenalkan satu kaedah baru dalam penggunaan pengecaman suara untuk berhubung terus dengan peralatan perkakasan rumah menerusi aplikasi ThinQ yang dahulunya dikenali sebagai SmartThinQ. Aplikasi mudah alih ini mampu dimanfaatkan dalam menguruskan semua barangan peralatan LG yang disambungkan dengan Wi-Fi termasuklah mesin basuh, penyedut hampagas, peti sejuk, ketuhar dan sebagainya.

Pengguna boleh menikmati kemudahan yang luar biasa ini hanya dengan hujung jari sahaja. Lebih menarik lagi apabila LG telah memudahkan pelanggan dengan menggunakan masa sebenar kepada semua alat perkakasan tersebut agar dapat menerima arahan dengan tepat. Pengguna boleh memeriksa lebihan masa yang tinggal dalam kitaran mesih basuh, misalnya dari mana-mana sahaja mereka berada atau mereka juga boleh menyesuaikan dengan meletakkan suhu penghawa dingin ketika dalam perjalanan pulang. Penggunaan arahan suara ini membolehkan pelanggan untuk tidak leka dalam melihat telefon mereka.

Aplikasi ThinQ ini juga menyediakan segala informasi mengenai ciri-ciri serta fungsi produk tersebut serta peringatan kepada pengguna dengan adanya cadangan penyelenggaraan dan penyelesaian masalah yang dihadapi. Selain menawarkan jawapan kepada persoalan-persoalan mengenai penggunaan produk, ThinQ juga memberi petua-petua menarik dan berguna mengenai rutin harian di rumah.

Menurut Ketua Peralatan Rumah LG, Alice Ryu menyatakan bahawa mencipta dan mewujudkan pengalaman kehidupan yang dapat memudahkan pengguna adalah satu perkara yang mendorong mereka untuk bekerja lebih kuat lagi setiap hari dalam mencipta kaedah-kaedah baru.

Kemudahan aplikasi ThinQ ini akan menembusi pasaran Korea bermula bulan ini dan diikuti oleh Amerika Utara pada suku keempat dan pasaran utama Eropah pula pada tahun depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY