Aplikasi Dari Blackberry Ini Mampu Hindar Orang Sekeliling Dari Mengintai Skrin Telefon Anda

Apa perasaan anda ketika menaip mesej di dalam komuter ataupun dikawasan yang sesak dengan orang ramai?

Anda pasti rasa tidak selamat bukan?

Privasi anda seakan-akan terdedah kepada orang disekeliling ketika itu.

Dengan aplikasi ciptaan Blackberry ini, masalah itu mampu diatasi.

Blackberry Privacy Shade merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda menggelapkan skrin dan hanya memaparkan sebahagian kecil skrin telefon pintar anda.

Privacy-Shade-screens

Paparan berbentuk petak dan bulat itu boleh diubah-ubah saiznya mengikut keselesaan anda.

Buat masa sekarang, aplikasi tersebut hanya boleh dimuat turun peranti Blackberry sahaja.

Tetapi jangan risau, buat pengguna Android yang ingin memasang Privacy Shade ini pada telefon anda, sila ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun Blackberry Manager APK dari laman ini.

  2. Pasangkan ia pada peranti anda

  3. Seterusnya muat turun Blackberry Privacy Shade menerusi aplikasi yang dipasang tadi.


Sumber: The Next Web