Ikuti kami di media sosial

Berita

Aplikasi Dan Permainan Terbaik Apple Untuk Tahun 2019

Avatar

Ditulis

pada

Hari ini Apple berkongsi senarai aplikasi dan permainan terbaik sepanjang tahun 2019. Ia adalah cara mereka untuk memberi penghargaan kepada pembangun-pembangun yang terlibat. Ia juga secara tidak langsung memberi inspirasi buat pembangun lain untuk menghasilkan aplikasi dan permainan yang lebih berkualiti.

Dengan itu, ini adalah senarai aplikasi dan permainan terbaik Apple untuk tahun 2019.

Aplikasi

  • iPhone Terbaik: Spectre Camera (Lux Optics)
  • iPad Terbaik: Flow by Moleskine (Moleskine)
  • Mac Terbaik: Affinity Publisher (Serif Labs)
  • Apple TV Terbaik:  The Explorers (The Explorers Network)

Permainan

  • iPhone Terbaik: Sky: Children of the Light (thatgamecompany)
  • iPad Terbaik: Hyper Light Drifter (Abylight S.L.)
  • Mac Terbaik: GRIS (Devolver / Nomada Studio)
  • Apple TV Terbaik: Wonder Boy: The Dragon’s Trap (DotEmu)
  • Apple Arcade Terbaik: Sayonara Wild Hearts” (Simogo)

Apple juga turut menyenaraikan aplikasi dan permainan yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun ini.

Aplikasi

Aplikasi Percuma Popular iPhone  

  1. YouTube: Watch, Listen, Stream
  2. Instagram
  3. Snapchat
  4. TikTok – Make Your Day
  5. Messenger
  6. Gmail – Email by Google
  7. Netflix
  8. Facebook
  9. Google Maps – Transit & Food
  10. Amazon – Shopping made easy

Aplikasi Berbayar Popular iPhone 

  1. Facetune
  2. HotSchedules
  3. Dark Sky Weather
  4. The Wonder Weeks
  5. AutoSleep Tracker for Watch
  6. TouchRetouch
  7. Afterlight – Photo Editor
  8. Procreate Pocket
  9. Sky Guide
  10. Toca Hair Salon 3

Aplikasi Percuma Popular iPad

  1. YouTube: Watch, Listen, Stream
  2. Netflix
  3. Amazon Prime Video
  4. Google Chrome
  5. Hulu: Watch TV Shows & Movies
  6. Messenger
  7. Gmail – Email by Google
  8. Facebook
  9. TikTok – Make Your Day
  10. Calculator

Aplikasi Berbayar Popular iPad

  1. Procreate
  2. Notability
  3. GoodNotes 5
  4. Duet Display
  5. Toca Hair Salon 3
  6. Toca Life: Neighborhood
  7. XtraMath
  8. PDF Expert 7: PDF Editor
  9. LumaFusion
  10. Affinity Designer

Permainan

Permainan Percuma iPhone Popular

  1. Mario Kart Tour
  2. Color Bump 3D
  3. aquapark.io
  4. Call of Duty: Mobile
  5. BitLife – Life Simulator
  6. Polysphere – art of puzzle
  7. Wordscapes
  8. Fortnite
  9. Roller Splat!
  10. AMAZE!!

Permainan Berbayar iPhone Popular

  1. Minecraft
  2. Heads Up!
  3. Plague Inc.
  4. Bloons TD 6
  5. Geometry Dash
  6. Rebel Inc.
  7. The Game of Life
  8. Stardew Valley
  9. Bloons TD 5
  10. Grand Theft Auto: San Andreas

Permainan Percuma iPad Popular

  1. Roblox
  2. aquapark.io
  3. Paper.io 2
  4. Color Bump 3D
  5. Magic Tiles 3: Piano Game
  6. Fortnite
  7. Polysphere – art of puzzle
  8. Wordscapes
  9. Tiles Hop – EDM Rush
  10. Helix Jump

Permainan Berbayar iPad Popular

  1. Minecraft
  2. Geometry Dash
  3. Bloons TD 6
  4. Plague Inc.
  5. Amazing Frog?
  6. Stardew Valley
  7. The Game of Life
  8. Heads Up!
  9. Terraria
  10. Bendy and the Ink Machine

Sumber: Apple

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Black Shark 3 Sah Akan Dilengkapi Port Pengecasan Magnetik Dan Bateri 4720mAh

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Menjelang hari pelancaran yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan, sedikit demi sedikit kelengkapan Black Shark 3 didedahkan. Beberapa hari lalu, spekulasi mengenai bateri serta daya pengecasan pantas peranti memfokuskan permainan ini berlegar.

Kini, menerusi perkongsian terbaru di Weibo pula memperlihatkan sebahagian ciri utama yang bakal hadir pada telefon pintar berkenaan. Berdasarkan poster dan video yang dimuat naik, Black Shark 3 mempunyai port pengecasan magnetik yang diletakkan pada panel belakang peranti.

Selain itu, bateri berkapasiti 4720mAh dibekalkan untuk janaan kuasa peranti dengan daya isian pantas 65W. Difahamkan, bateri yang digunakan itu dipisahkan kepada dua dan diletakkan pada sisi papan induk peranti.

 

Imej turut membandingkan Black Shark 3 bersama sebuah lagi sub-jenama daripada Vivo iaitu iQOO 3 yang dilancarkan beberapa hari lalu.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Lelaki Ketiga Terkaya Didunia Tinggalkan Telefon Flip, Tukar Kepada iPhone 11

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Memiliki kekayaan sehingga $82.5 bilion, jutawan Warren Buffett sebelum ini cukup setia dengan telefon lipat (flip) sebagai medium komunikasi hariannya. Bukan telefon pintar dengan skrin boleh lipat seperti yang galak diperkenalkan masa kini, tetapi merupakan rekaan lipat lama dan Buffett yang terdahulunya merupakan peminat kepada Samsung SCH-U320.

Kini, menerusi temubual bersama laman berita CNBC, Buffett menyatakan tidak lagi menggunakan telefon flip terbabit. Turut menambah, beliau kini memilih salah sebuah daripada peranti Apple iaitu iPhone 11 yang dilancarkan tahun lalu.


Pada temubual tersebut, jutawan yang lahir pada 1930 ini mendedahkan beliau tidak menggunakan kesemua ciri dan fungsi iPhone 11 seperti kebanyakkan pengguna sebaliknya lebih kepada panggilan suara.

Terdahulu, Tim Cook iaitu CEO Apple pernah menawarkan kepada Buffet untuk menjadi “pembantu teknikalnya” dalam menggunakan iPhone.

iPhone bukanlah peranti Apple pertama yang digunakan oleh Buffet dimana sebelum ini beliau pernah menggunakan iPad untuk membuat carian di internet serta memantau pasaran saham.

Sumber: CNBC

Teruskan Bacaan

Berita

Oppo Find X2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 6 Mac 2020

ariff bukhari

Ditulis

pada

Model terbaru bagi siri Find X.

Telefon pintar terbaru Oppo bagi siri Find X iaitu Oppo Find X2 yang sepatutnya diperkenalkan pada acara MWC 2020 telah dienjakkan tarikhnya kepada 6 Mac 2020 nanti.

Ia disahkan sendiri oleh pihak Oppo hari ini.

Model pertama siri Find x mula diperkenalkan pada 2018 dahulu. Bagi model terbarunya, Oppo Find X2 dijangka akan dimuatkan dengan beberapa ciri terbaru yang menarik seperti sokongan paparan 3K dengan kadar segar 120Hz serta ciri pengecasan pantas SuperVOOC 65W.

Malah Naib Presiden dan Presiden Pemasaran Global, Brian Shen telah berkongsikan lebih awal kelebihan panel 120Hz Oppo Find X2 di laman Twitter beliau.

Selain itu, Find X2 juga dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865, RAM berkapasiti 8GB dan storan berkapasiti 256GB.

Sumber: Playfuldroid

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular