Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Baru Dari Sony Membantu Mencari Rakan PS4

Aplikasi Baru Dari Sony Membantu Mencari Rakan PS4

Diterbitkan November 30, 2016 oleh Haikel Areff

Sony telah melancarkan sebuah aplikasi khas untuk komuniti PlayStation ‘PlayStation Communities’ untuk iOS dan Android. Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk berkomunikasi bersama pemain-pemain PS4 yang lain di platform telefon pintar. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari lawan untuk permainan-permainan tertentu seperti PES, FIFA dan sebagainya. Ianya juga mempunyai ciri seperti forum, jadi pengguna dapat menghantar mesej atau gambar di dalam ‘wall’ komuniti tersebut. Rakan-rakan di dalam komuniti juga boleh berinteraksi sesama sendiri, ianya seperti media sosial yang lain. Aplikasi dari Sony ini bertujuan untuk mengalakkan pertubuhan komuniti PS4 dan memberi pilihan yang lebih meluas dan mudah kepada pengguna PS4 untuk bermain secara ‘multiplayer’.

Aplikasi ini adalah aplikasi koncol PS4 yang ketiga diketengahkan oleh Sony untuk platform telefon pintar. Sebelum ini Sony telah mengeluarkan edisi pertama aplikasi ‘PlayStation’ dan tahun lepas dengan PlayStation Messeges.

Ini berbeza daripada Microsoft Xbox, dimana pengguna dapat berkomunikasi terus menggunakan sistem operasi dalaman konsol tersebut. Namun, usaha dari Sony sedikit sebanyak membantu pengguna lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY