Aplikasi BabyCam Boleh Bantu Anda Pantau Bayi Yang Sedang Tidur

Menyiapkan tugasan rumah seperti mengemas, memasak dan lain-lain mungkin agak sukar untuk dilakukan jika anda mempunyai anak kecil.

Jika ditinggalkan tidur bersendirian pula, boleh timbul perasaan kurang senang kerana takut anak terjatuh dari katil atau sebagainya.

Bagi tujuan itu, anda boleh menggunakan aplikasi BabyCam yang tersedia dimuat turun secara percuma dari Google PlayStore.

Cara penggunaannya sangat mudah tetapi anda memerlukan telefon pintar kedua untuk dijadikan "CCTV".

  • Muat turun dan pasang BabyCam pada kedua-dua peranti anda

  • Tetapkan sebuah telefon pintar sebagai "Camera" dan sebuah lagi yang dibawa bersama anda sebagai "Viewer".




  • Pastikan kedua-dua peranti mempunyai sambungan internet (WiFi/data).

  • Paparan pada peranti "Camera" akan menunjukkan nombor kod, masukkan nombor tersebut pada peranti "Viewer" untuk menyambungkan kedua-duanya.

  • Setelah bersambung, anda boleh letakkan "Camera" berhampiran dengan bayi.




"Viewer" akan menunjukkan baki kuasa bateri pada "Camera", tetapi anda boleh sambungkan terus peranti itu kepada pengecas untuk mengelak dari kehabisan kuasa (letak jauh sedikit dari bayi).

Aplikasi ini turut mampu mengesan bunyi dan sekiranya anak anda menangis, tangisan akan kedengaran pada peranti satu lagi.



Terdapat juga sokongan mikrofon, jadi anda boleh bercakap dengan anak sementara anda menuju untuk mendapatkannya.

Aplikasi ini mungkin boleh mengurangkan sedikit keresahan anda, tetapi adalah tanggungjawab sepenuhnya terletak kepada anda untuk memastikan suasana selamat disekeliling anak sebelum meninggalkannya bersendirian.

Berkaitan