Aplikasi Apple Music Akan Ditawarkan Kepada Tablet Android

Perkhidmatan Apple Music mula ditawarkan kepada telefon pintar dengan sistem operasi Android sejak beberapa tahun lalu.

Namun begitu, pengguna tablet tidak mampu menikmati aplikasi berkenaan kerana tiada sokongan terhadapnya.

Kini, Apple sudah melebarkan lagi penawaran perkhidmatan penstriman muzik itu kepada tablet dan boleh dimuat turun dari Google PlayStore.

Turut diperkenalkan adalah kemaskini versi 2.7 (hanya ditawarkan kepada penguji beta), yang mengemaskini antaramuka supaya lebih mudah diakses oleh peranti dengan skrin paparan yang besar.



Sumber: GSMArena