Aplikasi Adobe Illustrator Pula Bakal Dibawa Ke iPad

Dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.


Berdasarkan kepada khabar angin terbaru sebelum bermulanya persidangan Max yang akan dihoskan Adobe nanti, firma pembangun perisian grafik terkenal itu dilaporkan akan membawa aplikasi grafik popular mereka, Illustrator ke peranti iPad.

Aplikasi Illustrator untuk iPad itu dijangka akan diperkenalkan pada persidangan Max nanti yang akan berlangsung dalam bulan November tahun ini dan akan ditawarkan secara rasmi pada tahun hadapan.

Namun begitu kahbar angin ini masih dapat dipastikan kesahihannya kerana pihak Adobe enggan mendedahkannya.

We have nothing new to share at this time”. Jurucakap bagi pihak Adobe.

Kapsyen: Demo awal aplikasi Photoshop di iPad Pro dipertontonkan tahun lalu.


Sebelum ini, beberapa aplikasi popular Adobe sudah pun ditawarkan lebih awal untuk peranti iPad seperti Premiere Rush, Adobe Capture dan Adobe Photoshop Mix.

Sementara versi penuh Adobe Photoshop untuk iPad yang diumumkan oleh Adobe setahun lalu dijangka akan diperkenalkan tahun ini juga.

Kehadiran aplikasi Adobe Illustrator ke peranti iPad pastinya amat ditunggu-tunggu para penggiat industri kreatif khususnya dalam bidang grafik dan animasi.

Sumber: Bloomberg

Berkaitan