Aplikasi Adobe Illustrator Kini Dilancarkan Untuk iPad

Melalu acara Adobe Max yang berlangsung semalam, Adobe telah memperkenalkan pelbagai produk, ciri-ciri dan inovasi terkini. Antaranya termasuk Adobe Illustrator yang kini dilancarkan untuk iPad.



Melalui aplikasi Illustrator pada iPad, ia membolehkan pereka grafik menghasilkan rekaan grafik vektor dengan lebih lancar seperti di papan kanvas atau buku lukisan.

Illustrator iPad Kapsyen: Inovasi pada toolbar Illustrator di iPad


Illustrator pada desktop menawarkan sekitar 87 tool dan lebih 150 panel. Bagi versi 1.0 Adobe Illustrator di iPad, antaramuka toolbar diperkemas mengikut kesesuaian ruang. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan peralatan seperti pen, pensil, pemadam, pilihan grid, lapisan, berus, properties, path dan sebagainya.



Lebih 18,000 jenis tulisan turut dimuatkan bagi memberikan lebih banyak pilihan dalam menghasilkan tipografi termasuk keupayaan seperti OpenType Color dan Variable Fonts serta boleh memuatnaik font berlesen anda sendiri ke iPad.



Oleh kerana dokumen boleh disimpan melalui Adobe Cloud dan diselaraskan (sync) secara automatik, akses dokumen boleh dilakukan dalam atau luar talian secara terus dari Illustrator. Dengan itu, proses suntingan grafik dari iPad ke desktop atau sebaliknya menjadi lebih mudah.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Adobe Illustrator pada iPad, ianya boleh dimuat turutn melalui App Store.

Sumber: Adobe