Apakah Maksud Disebalik kod Huruf & Nombor IP66, IP55 Yang Selalu Dinyatakan Pada Peranti

Selalu  kita lihat akan penyataan daya tahan peranti seperti IP66, IP77 dan lain - lain, akan tetapi tahukah anda maksud disetiap kod perkataan dan nombor yang dinyatakan? Adakah ianya ditujukan semata - mata pada rujukan kalis air atau ianya lebih daripada itu ?

Berikut kami kongsikan penjelasannya.

Untuk makluman anda, kod ini juga boleh dijumpai pada barangan elektronik yang lain, ianya tidak tertakluk kepada peranti telefon pintar sahaja. Kod hurud IP memberi maksud Ingress Protection juga dikenali sebagai International Protection, manakala semakin besar kombinasi nombor dibelakangnya memberi makna semakin tinggi tahap perlindungannya.

Maksud kod nombor yang pertama pada kombinasi tesebut

0 - Tiada sebarang perlindungan

1 - Perlindungan pada barangan berukuran besar > 50mm, sebagai contohnya tangan manusia

2 - Perlindungan pada benda berikuran sederhana, sebagai contohnya jari manusia

3 - Perlindungan daripada kabel elektrik

4 - Perlindungan daripada benda yang sangat kecil seperti wayar - wayar halus dan lain - lain

5 - Perlindungan sederhana daripada debu, yang mana ada kemungkinan debu masih boleh masuk.

6 - Perlindungan maksimun ataupun menyeluruh daripada debu.

 

Maksud kod nombor yang kedua

0 - Langsung tidak kalis air

1 - Perlindungan terhadap air yang menitis

2 - Perlindungan daripada air yang menitis pada sudut 15°

3 - Perlindungan pada siraman air yang mengalir pada sudut 60°

4 - Perlindungan daripada siraman air daripada pelbagai arah

5 - Perlindungan daripada air bertekanan rendah daripada pelbagai arah

6 - Perlindungan daripada air bertekanan tinggi dari segala arah

7 - Perlindungan dibawah air dengan jarak tidak lebih daripada 1 meter

8 - Perlindungan dibawah air dengan kedalaman sehingga 2 meter

Kepada anda yang masih belum faham akan kombinasi kod diatas, berikut kami tunjukkan satu contoh. Katalah anda membeli peranti dengan kod keselamatannya IP60, ini bermaksud peranti tersebut akan kalis debu secara maksimun akan tetapi langsung tidak kalis air, maka jangan sesekali didekatkan dengan tempat yang basah ya.

 

Maka dengan itu selesailah sesi perkongsian ilmu kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan