Mohon Cuti Lebih Mudah, Ini Antara Sebab Pentingnya Sistem Pembayaran Gaji Dalam Talian

Bermulanya Revolusi Industri 4.0, kebanyakan tugasan harian mula beralih kepada teknologi digital. Pesanan makanan hanya dibuat melalui dalam talian, pembayaran bil dan sebagainya juga dilakukan dalam talian. Boleh dikatakan transaksi digital ada di mana-mana, termasuk di tempat kerja di mana kebanyakan organisasi kini mula beralih kepada sistem penggajian dalam talian.

Tidak hanya organisasi besar, Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS) juga perlu mempunyai sistem pembayaran gaji seperti ini seiring dengan peralihan teknologi digital.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis sistem pembayaran gaji dalam talian yang ditawarkan. Antaranya termasuk PayrollPanda, Swingvy dan Kakitangan.com. Namun, antara ketiga-tiga ini, Kakitangan.com menjadi pilihan pelbagai organisasi. Mengapa? Berikut disenaraikan beberapa sebab mengenainya.

1. Pilihan paling dipercayai


Dalam memberikan data dan sistem penggajian syarikat, anda mungkin tertanya berapa banyak kepercayaan yang boleh diberi bagi memastikan pengendalian data dilakukan dengan baik. Bagaimana pula jika syarikat ini tidak beroperasi dalam masa 2 tahun?

Menerusi Kakitangan.com, ia mempunyai kesinambungan yang kukuh untuk terus dipercayai dalam pengendalian data syarikat. Lebih tepat, sehingga kini Kakitangan.com telah memproses lebih banyak pembayaran gaji dalam talian dan telah mencecah lebih RM3 bilion.

Pengguna juga boleh menggunakan laman similarweb sebagai platform untuk melihat sendiri perbandingan trafik antara Kakitangan.com dan sistem pembayaran gaji dalam talian yang lain.

Menerusi keuntungan yang positif sejak 2019, sudah tentu ia mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Ini bermaksud, Kakitangan.com adalah pilihan paling dipercayai yang boleh anda dapatkan di Malaysia. Dengan itu, operasi perniagaan boleh diteruskan seperti biasa dan tidak terganggu dengan pilihan sistem HR dan Payroll yang salah.

2. Beli Produk Malaysia


Bagi merancakkan serta mengukuhkan lagi ekonomi domestik dan pembangunan industri tempatan, Kerajaan telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Ia juga bertujuan untuk mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Seperti Kakitangan.com, ia merupakan sebuah syarikat dengan lebih 85% milik warganegara Malaysia, sementara pesaing yang lain kebanyakannya bukan warganegara Malaysia. Pegawai yang terlibat dengan Kakitangan.com termasuk dari syarikat ternama seperti Microsoft Office dan Zalora. Pengasas BFM, Malek Ali juga turut menyertai Kakitangan.com sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Tambahan pula, Kakitangan.com turut menyediakan geran digital PKS. Ia merupakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat yang menyokong lebih 60% PKS di Malaysia.

3. Lebih selamat


Untuk memberikan data syarikat, sudah pasti memerlukan sumber yang boleh dipercayai, telus dan selamat. Menerusi Kakitangan.com, ia mempunyai sokongan lebih daripada 15 bank. Antara bank kerjasama rasmi termasuk Maybank, RHB, Hong Leong, Alliance, Ambank dan lain-lain.



Selain itu, Kakitangan.com juga melakukan ujian keselamatan yang lebih kerap berbanding vendor lain, dalam melindungi data penting pelanggan. Tidak hanya itu, audit PDPA turut dijalankan setiap 8 bulan sekali oleh BDO Binder.

Bagi PayrollPanda dan Swingvy, tiada mana-mana bank yang mengumumkan kerjasama dan tiada audit keselamatan yang dilakukan melalui pihak ketiga yang dipercayai.

4. Sistem yang hampir sempurna


Bagi kitaran pekerja dalam sesuatu syarikat, pasti ada banyak perkara yang akan berlaku. Antaranya termasuk:

  • Bila pekerja menyertai syarikat, bolehkah sistem pro ratakan jumlah gaji pada bulan pertama serta kelayakan cuti?

  • Apabila cuti diubah daripada 14 hari menjadi 16 hari, bolehkah sistem pro ratakan dalam setahun?

  • Bolehkah dokumen pekerja dimuat naik ke profil pekerja?

  • Adakah mempunyai sokongan cuti kecemasan?

  • Apabila pekerja berhenti daripada syarikat, bolehkah sistem ini pro ratakan pemberhentian dan sebagainya?


Menerusi Kakitangan.com, ia memuatkan ciri-ciri yang menyokong persoalan di atas. Adanya kalkulator pembayaran gaji memudahkan pengguna untuk memastikan ketepatan gaji yang diberikan. Secara tidak langsung, ia mengurangkan kesilapan dalam pengiraan gaji pekerja. Tidak hanya itu, ringkasan keseluruhan serta jumlah pembayaran gaji pekerja boleh dilihat melalui halaman yang sama dengan lebih mudah.



Lebih memudahkan, ia menyokong slip gaji yang pelbagai. Kemaskini data dan pembayaran gaji pekerja secara berkumpulan dari perisian Microsoft Excel juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem ini.  Tambahan lagi, sistem pembayaran gaji ini juga mempunyai integrasi secara langsung dengan RHB Bank.



Berdasarkan pengalaman, memohon cuti hanya menggunakan aplikasi Kakitangan.com sangat memudahkan. Tidak perlu menggunakan mana-mana pelayar atau melalui proses yang sukar untuk membuat permohonan cuti. Buka sahaja kalendar pada aplikasi Kakitangan.com, permohonan cuti dan cuti umum boleh dilihat serta dimohon hanya melaluinya.


5. Percuma untuk PKS


Menariknya, bagi Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS) yang mempunyai pekerja kurang daripada 3 orang, Kakitangan.com menawarkan perkhidmatan secara percuma. Antaranya termasuk sistem Cuti, Penggajian dan Tuntutan Perbelanjaan. PayrollPanda dan Swingvy pula mengenakan bayaran walaupun untuk seorang kakitangan pekerja.

Kesimpulan


Anda mungkin tertanya mengapa perlu sistem pembayaran gaji secara dalam talian? Jawapannya mudah, jika data pembayaran gaji yang tersimpan dalam komputer riba secara tiba-tiba rosak atau hilang, bukankah ia menimbulkan kesukaran untuk perniagaan? Dengan menggunakan Kakitangan.com, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesilapan serta menjimatkan masa pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat memberikan fokus kepada kerja yang lebih penting.

Dengan itu, tiada sebab untuk tidak beralih kepada sistem pembayaran gaji yang lebih efisyen seiring peralihan teknologi digital. Ia mengurangkan risiko pada perniagaan yang telah dijalankan.

Sistem gaji online

Dalam erti kata lain, Kakitangan.com merupakan sistem HR yang cekap dan mudah digunakan, yang meliputi pembayaran gaji, tuntutan perbelanjaan, maklumat pekerja, faedah serta mempunyai sistem yang mesra pengguna. Ia memudahkan kedua-dua pihak sama ada pengurusan dan pekerja. Tambahan pula ia merupakan produk buatan Malaysia. Secara keseluruhan, tahap kepuasan penggunaan sistem ini adalah 4 daripada 5 bintang.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan maklumat terkini, layari laman web rasmi Kakitangan.com. Testimoni penggunaan sistem Kakitangan.com juga boleh dilihat melalui pautan ini.

*Artikel ini adalah kolaborasi dan maklumat dikumpul dari pihak Kakitangan.com