Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kadar Segar Semula 90Hz

Sepanjang tahun ini, pastinya anda kerap kali melihat terma kadar segar semula 90Hz diceritakan tatkala tibanya pelancaran telefon pintar. Ya tidak semua, tetapi kebanyakkan pengeluar sudah mula melengkapkan ciri pada barisan peranti-peranti mereka.

Ada yang sudah faham ciri ini dan tahu kelebihannya dan ada juga yang masih terpinga-pinga apa sebenarnya yang dikatakan kadar segar semula 90Hz tersebut. Kenapa ia semakin menjadi tren dalam pengeluaran telefon pintar akhir-akhir ini?

Bagi menjawab persoalan anda, kita perlu fahami dahulu apa itu kadar segar semula atau refresh rate ini dan bagaimana ia berfungsi.
Maksud kadar segar semula

Kadar segar semula bermaksud jumlah maksimum gambar disegarkan pada skrin dalam tempoh sesaat. Anda mungkin lihat paparan dan kandungan seakan statik di skrin, tetapi setiap piksel dikemaskini untuk memaparkan kandungan yang diproses oleh pemproses peranti anda.



Untuk lebih difahami, paparan atau imej yang anda lihat itu ibarat digambarkan semula secara berulang-ulang dengan pantas dalam tempoh sesaat. Proses ini diukur dengan Hertz (Hz), merujuk kepada jumlah segar semula yang dibuat setiap saat pada skrin.



Contohnya, jika 60Hz bermakna 60 kali gambar tersebut dikemaskini dalam masa sesaat. Jika 90Hz? anda pun sudah tahu jawapannya. Mata anda tidak mampu untuk melihat satu persatu imej yang dikemaskini itu, tetapi ia memberikan pergerakan yang lancar pada paparan.

Lebih tinggi kadar segar semula lebih bagus? Ya benar, lebih tinggi angka tersebut lebih lancar paparan yang anda bakal lihat. Ini juga bermakna setiap perubahan pada paparan lebih pantas dilihat dan penggunaan telefon pintar dirasakan lebih responsif.

Walaupunbegitu, kadar segar semula memberi sedikit kesan pada jangka hayat bateri dimana penggunaan kuasa sedikit tinggi. Namun pengeluar mempunyai kaedah lain untuk menangani masalah tersebut dengan menawarkan pilihan pertukaran kadar segar semula secara automatik.



Bermaksud, kadar segar semula akan berubah mengikut mana-mana aplikasi yang menyokong 90Hz atau 60Hz. Melalui ciri pilih tersebut, ia boleh dioptimumkan bersesuaian dengan penggunaan disamping menjimatkan kuasa bateri.

Frame Rate dengan Refresh Rate sama ke?



Jangan terkeliru pula dengan frame rate atau kadar bingkai. Kadar bingkai diukur dengan fps (frames-per-second/bingkai-per-saat). Ia adalah berapa pantas pemproses grafik mampu memproses dan menghantar setiap imej kepada paparan.

Anda perlukan kadar segara semula 90Hz untuk memaparkan 90fps. Kadar segar semula terikat pada panel paparan atau skrin telefon pintar, manakala kadar bingkai (fps) adalah kelajuan informasi dihantar kepada panel paparan oleh pemproses grafik.
Apa yang anda dapat jika miliki telefon pintar dengan paparan kadar segar semula 90Hz?

Sudah tentu paparan bergerak kelihatan dan dirasakan lebih lancar, licin dan selesa pada pandangan mata. Tatalan pada antaramuka tidak kelihatan tersekat-sekat menambahbaik prestasi penggunaan semasa ketika bersama peranti.



Telefon pintar mana yang ada ciri kadar segar semula 90Hz?

Peranti dengan paparan kadar segara semula 90Hz sudah diperkenalkan seawal pertengahan tahun lalu lagi. Sehingga kini, sudah lebih 20 model yang mempunyai ciri tersebut. Antara salah satu siri yang membawakan kadar segar semula 90Hz adalah realme 6.



Dua model dalam siri ini, realme 6 dan realme 6 Pro bukan sahaja membawakan kadar segar semula 90Hz malah turut dilengkapkan dengan pelbagai spesifikasi terbaik didalamnya. Mari lihat spesifikasi kedua-dua model ini.
Spesifikasi realme 6 dan realme 6 Pro



Anda sudah faham tentang kadar segar semula dan sudah lihat spesifikasi peranti yang ditawarkan dengan paparan 90Hz iaitu realme 6 dan realme 6 Pro.



Buat masa sekarang, realme 6 Pro masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia dimana pelancarannya bakal dilangsungkan pada 11 Mei 2020. Namun jika anda lebih berminat dengan realme 6, boleh terus ke Lazada atau mahu tunggu realme 6 Pro diperkenalkan? Lawati laman web realme Malaysia 11 Mei ini. Jadi model manakah yang mahu anda pilih selepas ini?

Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia