Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

Diterbitkan Ogos 30, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini kami ingin kongsikan langkah-langkah awal yang perlu anda lakukan sekiranya komputer riba terkena air. Jangan panik sekiranya perkara tersebut berlaku, apa yang perlu anda lakukan ialah ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Segera matikan “laptop” tersebut dan cabut baterinya. Sekiranya bertindak pantas maka arus elektrik dapat diputuskan sebelum air tersebut sampai ke papan litar utama.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

Langkah 2

Keringkan komputer riba tersebut menggunakan kain yang bersih. Hati-hati sekiranya mengelap di bahagian bateri kerana ianya sangat sensitif.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

Langkah 3

Jemur bateri tersebut di tempat yang kering dan panas. Pastikan anda menutup bateri tersebut dengan kain ketika menjemurnya, kerana jika terlalu panas berkemungkinan akan merosakkan struktur bateri.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

Langkah 4

Cabut bahagian papan kekunci “laptop” untuk membersihkan bahagian dalam sekiranya perlu. Cara untuk membuka bahagian tersebut anda boleh rujuk di Youtube, jangan risau kerana cara-cara untuk membuka papan kekunci tersebut adalah lebih mudah daripada apa yang anda sangkakan.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya “Laptop” Terkena AIr

 

Sekiranya “laptop” anda masih juga tidak dapat dihidupkan, maka kamsi sarankan anda membawanya ke kedai untuk dibaiki. Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY