Apa Yang Menarik Tentang Google Event?



Google akan mengumumkan beberapa peranti pada Google Event yang bakal diadakan pada 4 Oktober ini di San Francisco dengan tagline #MadeByGoogle. Acara ini sedang hangat diperkatakan terutamanya telefon pintar dari Google yang dilaporkan akan membawa nama Pixel, bukan Nexus.



Mari kita lihat beberapa peranti yang bakal ditayangkan oleh Google pada acara itu nanti.







Pixel and Pixel XL









Pixel dan Pixel XL akan dibina oleh HTC yang mungkin mempunyai paparan skrin berukuran 5 inci bersama resolusi 1920 x 1080 untuk Pixel manakala Pixel XL akan memiliki paparan skrin Quad HD AMOLED berukuran 5.5 inci.



Pixel XL dijangka akan dibina dengan kapasiti bateri yang lebih besar. Kedua-duanya mungkin akan menggunakan Snapdragon 821, grafik Adreno 530, RAM sebesar 4GB dan sekurang-kurangnya 32GB memori dalaman. Pixel juga mungkin akan datang dengan pilihan warna hitam dan putih. Pihak Wisermy akan mengupas lebih lanjut tentang peranti ini selepas Google Event kelak.



Menurut Android Police, Pixel akan mula dijual dalam lingkungan $649, julat harga yang sama untuk iPhone 7 atau Galaxy S7. Yang pastinya, kedua-dua peranti ini akan menggunakan versi terbaru Android Nougat dengan sokongan platform Google Daydream VR.



Google Daydream










Google juga bakal mengetengahkan peranti VR mereka pada tahun ini. Mereka telah mengumumkan VR Daydream pada Google I/O bulan May yang lalu. Gogle Event kali ini bakal mempersembahkan Daydream VR dengan lebih dekat bersama telefon pintar baru mereka, Google juga bakal mempamerkan headset dan alat kawalan mereka sendiri.




Chromecast 4K







Google telah melancarkan Chromecast pertama mereka pada tahun 2013. Ianya adalah sebuah dongle yang mempunyai keupayaan untuk memainkan kandungan video atau audio di TV definisi tinggi dengan menggunakan sambungan Wi-Fi. Pada tahun lepas, Google datang dengan kemaskini Chromecast 2. Ianya lebih laju dan lebih peka. Selepas setahun Google bakal mengumumkan Chromecast 4K bersama rekaan baru dan penambahbaikkan dari segi aplikasi dan perisia dengan sokongan 4K (Chromecast Ultra).



Google Home







Ianya adalah sebuah pembesar suara yang mempunyai kawalan suara seperti Amazon Echo. Anda mampu mengawal TV pintar anda, atau lain-lain peranti pintar hanya dengan arahan suara. Anda juga boleh memesan piza, menukar lagu, menukar siaran TV dan bermacam-macam lagi. Ianya berfungsi seperti pembantu rumah



Mari sama-sama kita nantikan Google Event pada bulan depan. Pihak Wisermy sendiri akan mengulas dan mengupas setiap peranti yang akan dilancarkan pada acara tersebut.