Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nintendo Switch







Nintedo akhirnya memberi gambaran tentang konsol permainan terbaru mereka. Konsol hibrid yang pernah dipanggil sebagai Nintendo NX kini dengan secara rasminya dikenali sebagai Nintendo Switch. Ia merupakan gabungan konsol yang boleh dimainkan dirumah ataupun dimana saja anda berada dengan rekaan yang mudah dipegang.








Tidak cukup dengan itu, ia mampu bertukar dari peranti permainan yang dipegang dengan tangan kepada sebuah konsol dengan hanya meletakkan ia kedalam "Switch Dock"; paparan dari skrin peranti akan bertukar ke TV dengan pantas.





Unit pengawal utama kelihatan seperti Wii U tetapi dengan skrin yang lebih besar. Bahagian sisi boleh dicabut dan dikawal secara berasingan dari skrin paparan. Ia dipanggil sebagai Joy-Cons singkatan kepada Joystick Controller. D-pad digantikan dengan empat butang pada pengawal sebelah kiri untuk mengekalkan simetri.








Model ini direka supaya anda dapat bermain konsol yang selalunya hanya dapat dimainkan dirumah dibawa kemana saja anda pergi. Nintendo juga berharap dengan adanya konsol ini pengguna akan lebih kerap keluar dari rumah dan bermain bersama rakan yang lain. Tidak seperti konsol permainan lain dimana anda duduk di dalam bilik tanpa menghiraukan persekitaran (tidak semua pemain).





Model ini juga dihadirkan dengan tongkat pada bahagian belakang memudahkan anda meletakkan skrin diatas meja dan bermain bersama rakan ketika berada di luar. 









Jika berada dirumah, pastinya anda mahu menyambungkan konsol ini ke paparan yang lebih besar seperti TV. Letakkan unit utama kedalam dock, tanggalkan pengawal disisi, sambungkan pengawal ke Joy-Con Grip untuk menjadikan ia seakan-akan pengawal tradisional yang lebih mudah dann selesa dipegang.





Pengawal untuk konsol model baru ini terdiri daripada 2 analog dan butang ABXY, sepasang butang di sisi hadapan, butang "+" dan "-" serta dua butang baru yang berbentuk petak dan bulat. Seperti dinyatakan diatas, butang D-Pad digantikan dengan empat butang baru. Konsol ini menggunakan kartrij atau lebih mudah disebut sebagai 'Game Cards'.












Nintendo tidak menyatakan secara terperinci mengenai konsol ini, tetapi ia akan dikuasakan dengan pemproses Nvidia Tegra. Menurut Nvidia, pembangunan pemproses itu diibaratkan seperti 500 tahun usaha untuk menghasilkan konsol yang berkuasa tinggi itu. Ramai yang menganggap konsol ini setanding dengan konsol yang lebih besar seperti Xbox dan PS4.





Dibawah merupakan senarai penerbit serta pemaju perisian yang digunakan oleh Nintendo Switch:














Sumber: The Next Web


Berkaitan