Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kamera 48MP Sony IMX 582 Pada Xiaomi Mi 9T

Xiaomi Mi 9T hadir kepasaran dengan slogan 'Terminate The Rival', dan dengan harga jualan RM1,199, ia sememangnya sebuah peranti yang bakal menggugat penjualan peranti lain di pasaran.

Peranti ini akan membuatkan korang mempersoalkan keputusan untuk membeli peranti lain. Malah, pada tanda harga sebegini, secara tidak langsung membuatkan pembeli Xiaomi Mi 9SE terduduk menggaru kepala.

Dilebel Sebagai Pembunuh 'Midrange', Sejauh Manakah Kehebatan Kamera 48MP Xiaomi Mi 9T


Seperti biasa kita akan lihat keupayaan kameranya terlebih dahulu. Kita mulakan dengan mode auto terlebih dahulu. Disini saya akan mengambil kira perincian gambar, dynamic range dan penghasilan warna.



Penghasilan warna dalam Auto Mode adalah memuaskan dengan tona warna yang natural. Perincian gambar juga adalah kemas dengan dynamic range yang sederhana.

Jika dilihat pada kedua-duanya, hasil gambar dalam mode 12MP adalah lebih terang dengan bantuan HDR yang tidak boleh diaktifkan pada mode 48MP, maka terdapat 'bayang-bayang' gelap di beberapa bahagian.



Apabila di-zoom, kita dapat lihat gambar 48MP diberikan sentuhan 'licin' untuk mengekalkan perincian gambar. Manakala gambar 12MP pula dilihat lebih pixelated walaupun perincian lebih jelas.

Bergantung pada penggunaan masing-masing, jika korang mahu mengambil gambar landscape dengan struktur banggunan dan perkataan misalnya, penggunaan 48MP dilihat sesuai.

Night Mode


gambar malam 1

Contoh kedua gambar apabila Night Mode diaktifkan.



Melalui ciri Night Mode, imej dihasilkan lebih terang dan yang paling saya suka adalah bagaimana mereka dapat memperkemaskan noise di bahagian langit dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan perincian terutama di bahagian dinding putih rumah.

Wide Angle




Contoh kedua gambar dalam Mode Wide Angle



Namun, antara aspek yang paling dititik beratkan ketika menggunakan kamera sudut luas adalah distortion dibahagian tepi gambar dan kamera sudut luas peranti ini tidak mengecewakan.

Hasil gambar dalam mode wide angle tidak memperlihatkan distortion. Namun, gambar kehilangan sedikit perincian terutama di bahagian tepi gambar.

Mode Portrait






Dalam Mode Portrait, saya sangat suka dengan penghasilan warnanya. Kabur latar belakang dengan subjek juga dilihat kemas terutamanya dibahagian rambut dan tidak terlalu kabur seperti yang diketengahkan pada pengeluar telefon pintar yang lain.

Kamera 48MP SONY IMX 582, Apa Beza Dengan SONY IMX 586


Setakat ini mungkin ramai sudah sedia maklum tentang penggunaan kamera 48MP yang dipopularkan oleh sensor Sony IMX 586. Samsung turut mengikuti jejak langkah yang sama tetapi sensor ISOCELL secara praktikalnya tidak menghasilkan gambar 48MP.

Dengan perkenalan Xiaomi Mi 9T, saya agak teruja apabila mereka mengambil keputusan untuk menggunapakai sensor Sony IMX 582.



Jadi apa perbezaan antara IMX 582 dan IMX 586?

Sensor IMX 582 juga memiliki 48 juta bilngan piksel seperti IMX 586, dan ia juga menggunakan teknik yang dipanggil 'pixel binning' pada waktu kurang cahaya untuk menghasilkan imej 12MP yang lebih terang.

Di atas kertas, IMX 582 adalah sama seperti IMX 586 dari segi penghasilan foto. Apa yang membezakan antara kedua-dua sensor ini adalah IMX 586 memiliki sokongan rakaman video 4K pada 60fps manakala IMX 582 pada hanya 30fps.

Melalui pengalaman saya dan contoh gambar-gambar diatas, gambar yang diambil melalui Xiaomi Mi 9T adalah sangat memuaskan malah jauh lebih baik daripada kebanyakkan peranti yang berada pada takuk harga yang sama.

Berkaitan