Apa Yang Anda Perlu Tahu Menjelang Pelancaran Nintendo Switch 3 Mac Ini

Selepas beberapa tahun penantian akhirnya Nintendo kembali dengan konsol permainan video terbaru iaitu Nintendo Switch. Nintendo Switch telah dipamerkan pada bulan Oktober tahun lepas dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac 2017. Dalam 2 minggu sahaja lagi.

Selepas pelancaran Wii U pada 2012 yang dilihat gagal, Nintendo kali ini mengetengahkan sebuah konsol kompak dengan rekaan lebih kemas. Nintendo Switch merupakan konsol hibrid yang membenarkan permainan di televisyen dengan menggunakan penyambungan HDMI atau bermain terus di unit itu sendiri menggunakan paparan skrin terbina.

bundle_gray_console

Berbeza dengan Wii U yang memiliki skrin dibina secara kekal bersama alat kawalan, Nintendo Switch menampilkan alat kawalan yang digelar sebagai 'Joy-Cons' dimana ianya boleh dijadikan sebagai dua alat kawalan individu yang berbeza. Apabila anda bermain dalam handheld mode, sistem akan mengunci pemproses pada 720p untuk menjimatkan bateri.

nintendo_switch2

Antara barisan permainan yang telah disahkan membuat debut mereka menjelang hari pelancaran Nintendo Switch adalah seperti The Legend of Zelda: Breath of the Wild, 1-2-Switch, Super Bomberman R, Just Dance 2017, Skylanders Imaginators dan I Am Setsuna. Beberapa lagi permainan lain seperti FIFA 18 juga akan hadir selepas pelancaran. Nintendo juga menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 50 syarikat dan lebih 80 permainan yang bakal dihasilkan untuk konsol ini.

Nintendo Switch mempunyai hanya 32GB memori dalaman, yang sebahagiannya dikhaskan untuk kegunaan sistem. Anda perlu menambah memori dengan membeli kad microSDXC secara berasingan. Jika dilihat saiz permainan seperti Mario Kart 8 Deluxe sebesar 7GB dan Breath of Wild bersaiz 13.4GB, ternyata memori dalaman yang ditawarkan tidak mencukupi.

Nintendo ketika ini masih tidak mengeluarkan sebarang info secara khusus tentang keupayaan pemprosesan Switch ini. Namun berdasarkan video permainan Mario Kart 8 Deluxe dari pihak mereka sendiri, kami pasti konsol ini akan lebih berkuasa berbanding Wii U walaupun secara amnya sistem konsol Nintendo ini tidaklah sehebat Xbox One dan PS4.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=f5uik5fgIaI[/embed]