Apa Yang Ada Pada PES 2019?

Bagi mereka yang menggemari permainan video dan dalam masa yang sama gemarkan sukan bola sepak, PES 2019 merupakan salah satu permainan pilihan.

Sudah dikeluarkan secara rasmi tempoh hari untuk rantau Amerika Utara, PES 2019 dijangka hadir untuk pasaran lain seperti Asia dan Eropah bermula hari ini.

Apa pembaharuan yang dibawa pada edisi kali ini? Terdapat beberapa ciri baru diperkenalkan melaluinya dan bahagian paling penting adalah grafik dan animasi.

Visual permainan kelihatan terperinci daripada biasa, terutama sekali pada paparan 4K. Selain itu, gaya permainan bertahan dirasakan menarik dan nampak real. Aksi penjaga gol juga lebih realistik dengan kecekapan menampan bola dari sepakan padu jarak jauh.



Difahamkan juga, Konami tidak memperbaharui lesen dari UEFA dan mereka menjalin kerjasama dengan beberapa kelab baru.



Konami turut memberi nafas baru kepada mod MyClub dengan visual yang lebih baik serta memperbaiki sentuhan pertama.

PES 2019 ditawarkan dengan beberapa edisi, salah satunya edisi khusus yang menampilkan David Beckham.



Dua lagi edisi adalah versi standard dan Legend yang menampilkan nama-nama besar seperti Diego Maradona, David Beckham, Johan Cruijff, Roberto Carlos, Gullit, Cafu, Paolo Maldini, Pavel Nedved, Oliver Kahn, Lothar Matthaus, dan Patrick Vieira.



Antara barisan legenda yang bakal menghiasi PES 2019 adalah Diego Maradona, David Beckham, Johan Cruijff, Roberto Carlos, Gullit, Cafu, Paolo Maldini, Pavel Nedved, Oliver Kahn, Lothar Matthaus, dan Patrick Vieira.

Tambahan lain, penggunaan peraturan liga tertentu turut diterapkan seperti sistem Split yang digunakan di liga Scotland.

Tidak terhenti disitu, terdapat juga ciri penampilan dan sifat baru untuk pemain seperti Rising Star, Bad Boy, dan Superstar. Mengenai penampilan, 11 skill dan kemahiran diperkenalkan menerusi PES 2019 iaitu Cross Over Turn, Double Touch, Step On Skill Control, No Look Pass, Interception, Penalty Specialist, GK Penalty Saver, GK High Point, Rising Shots, Chip Shot Control, dan Dipping Shots.

Walaubagaimanapun, jika pasukan anda tidak tersenarai dalam senarai pelesenan diatas, pengalaman bermain mungkin kurang dirasakan. Umum sudah mengetahui, nama-nama kelab pelik seperti London FC (Chelsea), Man Red (Manchester United) dan banyak lagi.

Ketika pra-tempahan Edisi Standard dijual pada harga USD 60 (~RM247.60), Edisi khas David Beckham USD 70 (~RM288.86). Sementara itu edisi Legend berharga USD 80 (~RM330.13).

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=SSfko2Ps9oY