Apa Perbezaan Antara Laser AF, PDAF, CDAF Dan Dual Pixel AF?

Apabila merakam gambar, adalah penting untuk mendapatkan gambar yang jelas. Samsung menggunakan teknologi autofokus yang dipanggil Dual Pixel Autofocus (DPAF) pada peranti Galaxy S20 dan S20+. Berbeza pula dengan S20 Ultra yang menggunakan Phase Detection Autofocus (PDAF) berbanding DPAF.

PDAF digunakan pada S20 Ultra kerana mempunyai sensor imej yang terlalu besar. Dengan 1/1.33", Samsung mengatakan sensor tersebut adalah 3x lebih besar berbanding Galaxy S10. Selain itu, dengan keupayaan untuk mengumpul lebih banyak cahaya, ia adalah masuk akal mengapa Samsung tidak dapat menjadikan DPAF berfungsi dengan baik pada sensor yang besar dan perlu menggunakan PDAF. Ia juga adalah melibatkan kos yang mahal kerana perlu menyalin setiap satu piksel sensor imej 108MP.

Bagaimanapun, baru-baru ini Samsung telah melepaskan kemaskini bagi menangani isu kualiti kamera dan autofokus yang terdapat pada Galaxy S20 Ultra.

Pasti ada yang tertanya mengapa ia menjadi satu isu kepada pengguna dan di bawah ini adalah penerangan mengenai perbezaan antara Laser AF, PDAF, CDAF dan Dual Pixel AF.

Fokus


Mungkin semua sudah sedia maklum apabila sebut mengenai gambar fokus. Pada yang tidak tahu, lihat perbandingan antara gambar di bawah dimana gambar sebelah kanan kelihatan lebih jelas dan gambar kiri kelihatan kabur.



Terdapat dua pilihan untuk melaraskan fokus ini iaitu secara manual atau melalui teknologi autofokus.

Dalam mod manual, jarak fokus lensa boleh dilaras secara manual untuk mendapatkan gambar yang jelas. Dalam teknologi autofokus, ia bergantung kepada sistem elektronik-mekanikal untuk melaraskan jarak fokus lensa. Ini bermakna, untuk mendapatkan gambar yang jelas, anda perlu melaras lensa ke atas dan bawah untuk mendapatkan autofokus.

Contrast Detection Auto Focus (CDAF)


Sistem ini bergantung kepada kontras yang diterima oleh imej. Sensor mengesan kontras pada kedudukan lensa pertama, dan kemudian lensa tersebut beralih ke depan atau belakang untuk mendapatkan kedudukan baru kontras imej tersebut.

Ia kemudian akan membandingkan hasil tersebut untuk meletakkan lensa di kedudukan yang terbaik. Anda mungkin pernah perasan bunyi yang datang dari kamera semasa sistem ini berlaku.



Antara kelebihan CDAF adalah ia merupakan teknologi yang mudah dan sangat baik untuk gambar yang statik. Namun, ia mengambil sedikit masa sehingga beberapa saat untuk sistem ini mengesan kedudukan terbaik bagi lensa.

Ia juga tidak sesuai digunakan untuk objek yang bergerak dan memberikan hasil yang teruk serta bukanlah cara yang terbaik untuk mengambil video.

Phase Detection Auto Focus (PDAF)


Oleh kerana kekurangan yang terdapat pada CDAF, PDAF diperkenalkan. Autofokus jenis ini terdapat pada kebanyakan peranti pada masa kini. PDAF bergantung kepada pemprosesan gambar yang lebih kepada pelarasan mekanikal untuk mendapatkan fokus yang betul.

Ia membahagikan imej kepada dua dan sistem dalaman akan cuba untuk memindahkan imej dan melaraskan lensa sewajarnya untuk mendapatkan imej yang jelas.

Perbezaan Antara Laser AF PDAF CDAF Dan Dual Pixel AF

Dengan menggunakan sistem ini, elemen mekanikal tidak terlibat dalam fokus dan menjadikan ia lebih cepat berbanding CDAF. Ia juga adalah sesuai untuk memfokuskan imej yang bergerak dan video.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa peratus piksel sensor digunakan untuk fokus.

Dual Pixel Auto Focus (DPAF)


Dengan PDAF, hanya 5% piksel yang digunakan untuk fokus. Berbeza dengan DPAF, phase detection photodiode disetkan kepada setiap piksel pada sensor kamera.



Sistem autofokus ini adalah sangat baik daripada PDAF dan merupakan sistem yang hibrid.

Laser Autofocus


Sistem ini menggunakan pemancar laser kecil dan penerima. Ia menghantar pancaran laser ke subjek dan melantun kembali untuk mencapai penerima dengan menggunakan beberapa algoritma matematik.



Dengan menggunakan Laser Autofocus, ia merupakan cara yang paling cepat untuk fokus dan mampu berfungsi dengan baik dalam setiap cahaya yang rendah.

Namun, ia tidak dapat memfokuskan subjek dengan jarak jauh kerana pemancar yang tersedia tidak berfungsi begitu baik.

Yang mana lebih baik?


Antara semua sistem fokus yang disenaraikan, PDAF dan DPAF adalah antara teknologi yang terbaik dalam mod autofokus.

Sesetengah kamera juga menggunakan sistem autofokus yang pelbagai atau Hybrid Autofocus untuk meminimakan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua sistem. Sebagai contoh, kebanyakan sensor SONY menggunakan kedua-dua PDAF dan CDAF. Contoh lain, Google Pixel menggunakan PDAF dan Laser Autofocus.

Sumber: Technicles via giffgaff, InputMag, SamMobile

Berkaitan