Apa Maksud "WhatsApp Security Code Has Changed"

Pernah tak anda menerima penyulitan yang tertulis "contact's security code changed" semasa anda membuka aplikasi WhatsApp? Perasan tak benda ni bila anda buka semula whatsapp group yang dah lama tak aktif?



Jangan risau. Setiap kali notifikasi ini muncul dalam ruang chat, ini bermaksud rakan atau kenalan yang berkomunikasi dengan anda telah memasang semula aplikasi WhatsApp. Ianya mungkin kerana rakan anda bertukar telefon baru atau memang sengaja nyahpasang dan pasang semula aplikasi tersebut.

Ini juga bermakna kunci sekuriti lama yang telah dikongsikan antara akaun WhatsApp anda dan rakan anda telah bertukar kepada yang baru. Jangan risau, penyulitan akan dilakukan secara automatik tanpa anda perlu berbuat apa.

Tetapi jika anda seperti penulis, mempunyai sifat ingin tahu yang dasyat, anda boleh mengesahkannya dengan mengimbas kod sekuriti baru menggunakan pengimbasan kod QR dengan rakan anda. Setiap kod sekuriti adalah berbeza mengikut setiap akaun individu WhatsApp.

Namun jika anda tidak mahu ambil tahu, anda boleh tutup notifikasi ini.

Pertama pergi ke "Setting" kemudian pilih "Account"



Kemudian klik pada tetapan "Security"



Anda boleh mematikan notifikasi kod sekuriti dengan klik pada butang seperti dibawah.



Voila!

Berkaitan