Jangan risau. Setiap kali notifikasi ini muncul dalam ruang chat, ini bermaksud rakan atau kenalan yang berkomunikasi dengan anda telah memasang semula aplikasi WhatsApp. Ianya mungkin kerana rakan anda bertukar telefon baru atau memang sengaja nyahpasang dan pasang semula aplikasi tersebut.
Ini juga bermakna kunci sekuriti lama yang telah dikongsikan antara akaun WhatsApp anda dan rakan anda telah bertukar kepada yang baru. Jangan risau, penyulitan akan dilakukan secara automatik tanpa anda perlu berbuat apa.
Tetapi jika anda seperti penulis, mempunyai sifat ingin tahu yang dasyat, anda boleh mengesahkannya dengan mengimbas kod sekuriti baru menggunakan pengimbasan kod QR dengan rakan anda. Setiap kod sekuriti adalah berbeza mengikut setiap akaun individu WhatsApp.
Namun jika anda tidak mahu ambil tahu, anda boleh tutup notifikasi ini.
Pertama pergi ke "Setting" kemudian pilih "Account"
Kemudian klik pada tetapan "Security"
Anda boleh mematikan notifikasi kod sekuriti dengan klik pada butang seperti dibawah.
Voila!
Berkaitan
- Imej Vivo NEX 2 Terdedah, Mempunyai Tri-Kamera Utama & Dwi-Skrin
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Permainan Video Power Rangers Akan Hadir Ke Semua Konsol Utama April Ini
- Samsung Galaxy A7 2018, 3 Kamera Utama!
- Imej Tertiris Nokia 5.1 Plus Dedahkan Kamera Utama Dwi-Lensa
- Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Tetapan Kuad-Kamera Utama
- 3 Perkara Utama Yang Anda Perlu Nilai Sebelum Membeli Telefon Pintar Baru
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- Red Dead Redemption 2 Ambil Masa Selama 60 Jam Untuk Menghabiskan Misi Utama
- Google Pixel 3 XL Dilancarkan Secara Rasmi, Mempunyai Skrin Paparan Lebih Besar & Kamera Utama Berlensa Tunggal