
Antara lagu yang menjadi pencetus karier mudanya adalah seperti Faded dan Alone. Alan Walker bermula pada usia belasan tahun tanpa sebarang latar belakang musik.
Baru-baru ini beliau menjadi perhatian apabila dipilih menjadi imej ASUS Republic of Gamers melalui pelancaran laptop terbaru ROG Zephyrus G14.
Ini merupakan pilihan yang tepat memandangkan Alan Walker sendiri merupakan seorang peminat komputer, reka bentuk grafik dan gaming.

Beliau yang juga sebelum ini pernah menghasilkan lagu untuk PUBG Mobile dan Death Stranding turut menghasilkan saluran gaming beliau sendiri di Youtube. Jadi, kerjasama antara Alan Walker dan Republic of Gamers adalah satu kombinasi yang saling melengkapi.
Melalui kerjasama ini, laptop ROG Zephyrus G14 X Alan Walker bukan hanya tertumpu kepada golongan gamers, malah ia turut membawakan kriteria yang sesuai untuk golongan pencipta kandungan kreatif.

Dengan rekaan ikonik seperti barisan laptop Zephyrus sebelum ini diperkemaskan bersama sentuhan logo Alan Walker mempamerkan personaliti seorang DJ dan Gamers yang mampu merobek hati perawan dan juga gadis muda.
Mana tidaknya, dari depan sahaja sudah mengiurkan, ala-ala Cyberpunk. Garang dan Cool pada masa yang sama.
Laptop edisi khas yang ringan ini dimuatkan dengan Ryzen 9 5900HS bersama kad grafik RTX 3050Ti sesuai untuk mejalankan apa cara tugas sekalipun.

ROG Zephyrus G14 ini turut hadir bersama beberapa aksesori tambahan dalam kotak khas yang diilhamkan oleh Alan Walker sendiri seperti ROG Remix Sampler, ROG Alan Walker Cap dan juga ROG Alan Walker Sock

ROG Remix Sampler merupakan DJ Mixer digital ringkas. Ia boleh dimainkan, seakan seorang DJ musik.

Laptop edisi khas ini sudah mula dijual dan anda boleh dapatkannya melalui pautan di bawah.
Laptop ROG Zephyrus G14 edisi khas Alan Walker,
https://my.rog.gg/ROG-ZEPHYRUS-G14-AW-SE-MEDIA
Pada harga RM7,999, dan boleh didapati dari
Shopee: https://my.rog.gg/Shopee_9.9_Media
Lazada: https://my.rog.gg/Lazada_9.9_Media
ASUS ROG Dealers: https://my.rog.gg/WTB_Media
Berkaitan
- Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark
- ROG Phone Munculkan Diri Di Computex 2018
- Imej Yang Tertiris Mungkin Dedahkan Harga Jualan Untuk OnePlus 6
- Konsep Perjalanan Bandar Ke Bandar Menggunakan Roket Dari Elon Musk
- Asus ZenFone Max Plus Muncul Di Pasaran Malaysia Minggu Hadapan
- Program Pertukaran Bateri iPhone Kini Berharga RM 129
- Asus Umumkan ZenBook 13 Yang Fleksibel
- Program Penukaran Bateri iPhone Ditangguhkan
- Perkhidmatan Rangkaian Digi Terganggu Berpunca Dari Gangguan Bekalan Elektrik Dari TNB
- Perkenalan Kepada DFTZ?