Jika mengikuti perkembangan peranti Apple, anda mungkin pernah mendengar mengenai LiDAR Scanner. Namun, tahukah anda apa itu LiDAR dan bagaimana ia berfungsi?

Apa itu LiDAR?

LiDAR, Light Detection and Ranging berasal dari singkatan light dan radar. Berbanding radar, ia merupakan teknologi untuk mengukur jarak dari objek dengan menggunakan cahaya.

LiDAR menggunakan sensor aktif yang dapat membekalkan sumber pencahayaan mereka tersendiri. Menerusi sensor tersebut, jarak dari objek ditentukan dengan nyalaan cahaya pada objek dan rekod masa yang diperlukan untuk pancaran cahaya itu kembali. Dalam erti kata lain, sensor tersebut menggunakan kelajuan cahaya untuk mengira jarak yang dilalui.

apa itu lidar

IKLAN

Dari segi sains, LiDAR bukanlah perkara baru dan mula diperkenalkan pada tahun 1961 oleh Malcolm Stitch dari Hughes Aircraft Company. Pada mulanya, ia digunakan untuk keperluan penerbangan dan kemudiannya digunakan sebagai sistem pemetaan bermula tahun 1980. Teknologi ini mempunyai ketepatan yang tinggi untuk menghasilkan pemetaan dalam bentuk 3D.

Tidak hanya itu, LiDAR juga digunakan dalam bidang meteorologi, arkeologi, pertanian serta untuk kawalan dan pandu arah kereta pandu sendiri (self-driving car).

Fungsi LiDAR Scanner

LiDAR Scanner yang dibangunkan Apple dibina untuk meningkatkan pengalaman penggunaan Augmented Reality (AR). Melalui LiDAR Scanner, ia dapat digunakan untuk mengukur jarak ke sekitar objek sehingga 5 meter, berfungsi di dalam dan luar rumah serta mempunyai kelajuan yang pantas untuk mengimbasnya.

Menurut Apple, gabungan maklumat mendalam daripada pengimbas LiDAR dengan data kamera, sensor gerakan, dan algoritma penglihatan komputer membolehkan peranti dengan lebih pantas meletakkan objek AR dan mengesan lokasi seseorang.

apa itu lidar

Sebagai contoh, pengimbas ini membolehkan pengguna memindahkan imbasan ruang tamu ke dalam mod AR dalam permainan seperti Hot Lava. Teknologi ini membolehkan permainan dapat berinteraksi dengan dunia sebenar.

Pembangun pihak ketiga seperti IKEA turut menggunakan LiDAR Scanner untuk membolehkan pengguna menyesuaikan perabot yang ditawarkan dengan hanya menggunakan AR.

Selain itu, ia dapat meningkatkan keupayaan penggunaan aplikasi Measure di mana pengiraan ketinggian seseorang akan menjadi lebih mudah dan pantas. Aplikasi Measure yang dilengkapi Ruler View membolehkan pengukuran lebih terperinci dan pengguna dapat menyimpan semua senarai pengukuran.

LiDAR Scanner juga diguna untuk menghasilkan ruangan ke dalam bentuk 3D secara automatik dimana ia kemudiannya akan dijadikan sebagai bahan asas untuk merancang pengubahsuaian atau penambahan objek seperti bilik mandi atau almari.

Dengan teknologi yang dilihat ke hadapan bagi sesebuah peranti, pengimbas LiDAR ini dijangka akan turut diguna pakai oleh pembangun yang lain pada masa akan datang.

Sumber: Apple, Inverse, The Verge

Beli iPad Pro di:
Lazada (https://invol.co/clpzeh)