Sambungan 5G menjadi antara fokus utama bagi beberapa pengeluar teknologi pada tahun ini. Bukan itu sahaja, kerajaan juga melihat ia adalah penting untuk Malaysia mula membangunkan infrastruktur 5G secepat mungkin pada tahun ini.
Umum mengetahui bahawa 5G bakal menawarkan sambungan yang lebih pantas dan lebih baik berbanding 4G pada hari ini.
Namun, sejauh mana kita memahami apa itu 5G dan sejauh mana ia “lebih pantas dan lebih baik” daripada 4G seperti diwar-warkan?
Ini bermakna 5G adalah 20 kali ganda lebih pantas dari 4G. Pada kebanyakan masa, ia mampu mengecapi kelajuan 100Mbps, berbanding 10Mbps yang boleh dicapai 4G.
Selain itu, sambungan 5G ini juga adalah lebih stabil. Tidak seperti 4G yang akan menjadi perlahan apabila ramai yang menggunakannya dalam satu-satu kawasan(contohnya stadium), 5G dijangka tidak akan mengalami masalah ini.
Gambar Hiasan(Ars Technica)
Ia kerana sambungan ini nanti akan menyokong sehingga 1000 peranti dalam setiap 1 meter per segi.
Dengan apa yang ditawarkan ini, tidak mustahil rangkaian 5G ini akan digunapakai bagi menggantikan WiFi yang ada di rumah anda.
Tambahan pula, rangkaian ini bakal mempunyai kadar latensi yang lebih rendah sekaligus menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk kebanyakan pengguna.
Pemerhati industri berpendapat bahawa sokongan 5G ini akan mula digunakan secara meluas di peringkat global pada tahun hadapan.
Sementara itu, kerajaan Malaysia pula sudah mula menjalankan beberapa ujian bagi rangkaian berkenaan antaranya di Cyberjaya dan Putrajaya seperti yang kami laporkan sebelum ini.
Bagaimanapun ramai yang mengatakan bahawa kerajaan sepatutnya menfokuskan untuk menambahbaik rangkaian 4G terlebih dahulu sebelum membangunkan infrastruktur 5G di negara ini.
Namun, kami berpendapat tindakan kerajaan ini adalah perlu bagi memastikan Malaysia tidak terus ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur teknologi di masa akan datang.
Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen.