Apa Itu AP Set, Recond Set Dan Original Set?

Selalunya, apabila kita mahu membeli handphone baru pasti kita akan ditawarkan dengan 3 terma ini, iaitu AP, Ori dan Recond. Adakah anda benar-benar tahu apa disebalik ketiga-tiga terma ini? Mungkin ramai yang hanya melihat perbezaan harga yang ketara dan kualiti yang berbeza. Adakah AP dan recond set adalah set tiruan?



ORIGINAL SET
Original set bermaksud "handphone" dibeli daripada pengedar yang sah, bukan bermakna peranti yang dijual di kedai-kedai yang tidak rasmi adalah tidak original, namun risikonya tetap ada. Harga original set selalunya lebih mahal daripada set yang lain berikutan cukai yang dikenakan kerajaan dan pembelian adalah melalui pengedar (pengedar juga nak untung). Jaminan untuk original set adalah keutamaan sebenarnya, iaitu jaminan yang dibekalkan oleh pengedar sah ini boleh di-claim dimana-mana cawangan pengedar sah seluruh negara. Berbeza dengan jaminan yang diperuntukkan oleh set AP dan recond.

AP SET
AP set sebenarnya juga original set, tetapi ia tidak dijual melalui pengedar yang sah. AP set boleh juga dikatakan masuk ke Malaysia melalui pengedar yang tidak sah dan tidak diketahui. Ini termasuk melalui pembelian secara borong oleh peniaga daripada ebay, atau pembelian secara terus dari luar negara. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendahdaripada harga original set, tetapi jaminan adalah sangat terhad. Terhad disini bermaksud jaminan hanya boleh di-claim di kedai yang menjual peranti pintar tersebut dan tidak boleh di-claim melalui pengedar yang sah. Sebagai contoh, anda membeli peranti Samsung AP set dari Alor Setar tetapi anda tinggal di Kuala Lumpur. Jika peranti tersebut mengalami apa-apa masalah, anda perlu merujuk kedai yang anda beli di Alor Setar. Kualiti AP set adalah sama dengan original set.

RECOND SET
Recond set adalah berasal daripada perkataan “recondition” atau dalam bahasa melayunya “dibaikpulih”. Recond set adalah berasal daripada peranti-peranti pintar yang rosak tetapi dibetulkan. Sebagai contoh, setiap kilang membuat "handphone" akan mempunyai “scrap” atau “reject” berikutan kualiti yang dikeluarkan tidak menyamai standard yang akan dijual kepada orang awam. Tetapi, peranti ini akan di “rework” untuk kualiti gred berbeza dan cara jualan yang berbeza. Sememangnya, ketiga-tiga jenis set peranti pintar ini adalah datangnya daripada kilang yang sama tetapi kualiti dan warranty yang diberikan adalah berbeza. Jaminan recond set sama seperti AP set dan harga recond set pula lebih rendah daripada AP set.

iPhone
iPhone berbeza dengan model-model peranti pintar lain di pasaran kerana iPhone tidak mempunyai AP set. iPhone dijual melalui pengedar yang sah (apple store). iPhone juga sebenarnya tidak dibenarkan penjualan di kedai handphone biasa. Bahkan, kebanyakan kedai handphone biasa akan menjual iPhone dengan harga sedikit mahal daripada Apple Store kerana mereka juga membeli daripada Apple Store. Jaminan yang diberikan oleh Apple adalah international warranty dan selalunya produk-produk apple dilindungi jaminan dengan one-on-one. Bermaksud, jika iPhone yang anda beli rosak dalam tempoh jaminan, anda boleh menukar iPhone anda dengan yang baru. iPhone juga mempunyai recond set. Recond set untuk iPhone sebenarnya sukar didapati kerana recond set ini adalah berasal daripada iPhone yang di-return kepada apple dalam tempoh jaminan. Apple akan “recondition” semula iPhone yang rosak ini dan dijual oleh pengedar-pengedar yang tidak diketahui. Selalunya, recondition set untuk iPhone akan ada selepas beberapa model iPhone baru dilancarkan. Sebagai contoh, setelah iPhone 5 dikeluarkan, iPhone 4S dan iPhone 4 tidak akan dijual lagi oleh Apple. Set baru yang terdapat dalam pasaran selepas iPhone 5 dikeluarkan adalah recond set, ataupun iPhone yang tidak habis terjual sebelum pelancaran iPhone 5.



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.