Apa Itu Android Go, Dan Perbezaan Dengan Android O?

Pada acara Google I / O awal pagi hari ini, Google ada menyentuh mengenai Android Go, versi baru Android dibina memfokuskan pada telefon pintar bajet .

Android Go merupakan mirip platform Android One yang sedia ada, menyasarkan untuk beberapa peranti bajet di China. Dilihat sebagai sistem operasi  murah dan ringan sesuai untuk dijalankan pada telefon dengan saiz RAM serendah 512MB.

Google mengatakan bahawa pada masa akan datang semua telefon dengan RAM bersaiz 1GB atau kurang akan dioperasikan mengunakan Android Go bukannya  sistem Android O sepenuhnya.

Kedua-dua versi sistem Android ini menawarkan akses kepada Google Play kerana untuk memuat turun aplikasi pihak ketiga. Walau bagaimanapun, pada Android Go pengguna akan hanya dipaparkan dengan aplikasi yang telah dioptimumkan untuk penggunaan pada perkakasan yang kurang kuat.

Android-Go-YouTube-Go-2

Saiz aplikasi yang ditawarkan pula tidak akan melebihi 10MB dan mampu beroperasi secara offline. YouTube Go adalah salah satu contoh aplikasi  yang akan tampil untuk Android Go. Ianya membenarkan pengguna pratonton beberapa frame video dan memilih kualiti video sebelum dimainkan.

Android-Go-YouTube-Go

Pengguna juga boleh memuat turun video YouTube Go melalui Wi-Fi untuk tontonan offline secara percuma - ketika ini pengguna perlu membayar untuk mendapatkan ciri tersebut. Android Go membolehkan pengguna untuk memantau penggunaan data internet melalui panel notifikasi manakala untuk sistem Android O, pengguna perlu pergi ke menu tetapan terlebih.

Google berkata Android Go akan mula diperkenalkan untuk telefon bajet pada tahun 2018.

Sumber