Apa Bezanya Kirin 9000 Berbanding Kirin 9000E?


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Huawei telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar Huawei Mate 40 yang dijana oleh cip pemprosesan Kirin 9000.

Ia merupakan telefon pintar premium berprestasi tinggi dari Huawei yang didakwa adalah lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 865+.

Pada pelancaran model terbaru telefon pintar itu juga, Huawei sebenarnya hadir dengan 2 model cip pemprosesan Kirin iaittu Kirin 9000 dan Kirin 9000E.

Jadi, apa perbezaannya antara 2 cip Kirin tersebut?

Pada dasarnya, Kirin 9000 dan Kirin 9000E mempunyai spesifikasi yang sama seperti kuasa grafik Mali-G78.

Tetapi ada sedikit kekurangan pada kuasa grafik Kirin 9000E berbanding Kirin 9000.

Sungguhpun kedua-duanya dilengkapi dengan Mali-G78, tapi pada Kirin 9000E, ia hanya dilengkapi dengan keupayaan kuasa pemprosesan 22 teras sahaja.

Sebaliknya pada Kirin 9000, ia dilengkapi dengan 24 teras.



Selain itu, terdapat satu lagi perbezaan ketara antara Kirin 9000 dan Kirin 9000E iaitu pada NPU (neural processing unit)

NPU Kirin 9000 adalah sebanyak 4 unit, manakala Kirin 9000E pula hanya dilengkapi dengan 2 NPU sahaja.

Walaubagaimanapun, prestasi bagi model Huawei Mate 40 yang dijana oleh Kirin 9000E dijangkakan tidak akan jauh bezanya berbanding Kirin 9000 yang digunakan dalam Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+.