Apa ada dengan ZenWatch3

Secara jujurnya ZenWatch tidak mendapat sambutan yang hangat pemakai-pemakai jam tangan Android. Tetapi kini nampaknya Asus ingin memberi kelainan kepada model jam tangannya itu.



Seperti gambar dibawah, ia dikatakan reka bentuk bagi ZenWatch 3 yang tersebar di internet sejak seminggu yang lepas. Gambar tersebut dipercayai diambil oleh pihak Telekom dari China semasa pemeriksaan. Ia disokong oleh fail yang dikeluarkan oleh FCC yang menunjukkan reka bentuk jam tangan tersebut.





Berkemungkinan besar ini adalah rupa bentuk ZenWatch 3 yang bakal dipasarkan:











Adalah sangat sukar untuk memperkatakan tentang reka bentuk ini tanpa melihat dengan lebih dekat, tetapi dengan kehadiran tiga butang di tepi jam itu membezakannya dengan jam tangan android yang lain. Ditambah dengan warna gangsa dua tona ia kelihatan sangat ekslusif.



Asus bakal memperkenalkan ZenWatch 3 di IFA pada 31 Ogos ini. Sama-sama kita nantikan wajah sebenar ZenWatch 3 ini.