AOC Memperkenalkan Monitor Gaming Porsche Design Melalui AOC AGON PD27

AOC merupakan salah satu pengeluar monitor yang popular digunakan dalam kalangan peminat PC desktop.

Terkini, mereka telah berkolaborasi dengan jenama Porsche Design untuk menghasilkan monitor eksklusif AOC AGON PD27.

https://www.youtube.com/watch?v=5ZN5KGa_KsA&ab_channel=AOCEurope

AOC AGON PD27 hadir dengan panel VA 27 inci QHD melengkung dengan kadar segar semula 240Hz selaju 1ms.

Sebagai produk Porsche Design, ia turut menawarkan rekaan garang dengan stand dan tapak besi seumpama penghadang dalam sebuah kereta lumba berwarna perak.



Perkara menarik lain adalah AGON PD27 boleh mengeluarkan logo Porsche Design atau AGON di atas meja dengan pemilihan warna cahaya yang berbeza. Pada bahagian belakang monitor juga turut terdapat pencahayaan warna.



Spesifikasi lain monitor adalah paparan dengan VES DisplayHDR 400, lengkungan 1000R, AMD FreeSync Premium dan juga mempunyai kecerahan 550 nits.



Dari segi I/O, terdapat 4 USB-A 3.2, 2 HDMI 2.0, serta 2 DisplayPort 1.4. Pembesar suara 5W stereo turut terbina dengan bunyi dari DTS.

Monitor ini turut didatangkan dengan alat kawalan jauh dengan butang untuk mengakses tetapan monitor dengan lebih pantas.



Di Eropah, monitor Porsche Desgin AOC AGON PD27 ini dijual pada harga EUR 799 iaitu sekitar RM3,894. Agak mahal namun memang sudah menjadi kebiasaan barangan Porsche Design dijual pada harga yang agak premium.

 

Berkaitan