Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AOC Dinobat Jenama Monitor Gaming Nombor Satu Di Dunia Pada Tahun 2020

AOC Dinobat Jenama Monitor Gaming Nombor Satu Di Dunia Pada Tahun 2020

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Syarikat pengeluar barangan gaming, AOC hari ini sekali lagi melakar kejayaan kerana dinobatkan sebagai jenama monitor gaming nombor 1 di dunia pada tahun 2020.

Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa AOC sangat komited dalam memberikan yang terbaik terutama dalam paparan gaming.

Dalam barisan monitor AOC, mereka bukan sahaja memenuhi cita rasa pemain e-sukan tetapi juga golongan profesional.

Tahun lalu, mereka telah bekerjasama dengan Porsche untuk monitor PD27 dan juga memperkenalkan monitor yang berprestasi baik menerusi AG273FXR.

AOC Dinobat Jenama Monitor Gaming Nombor Satu Di Dunia Pada Tahun 2020

Mereka juga telah berkolaborasi dengan pasukan e-sukan seperti G2 dan RNG termasuk acara dengan kerjasama Redbull dan International Esports Federation (IeSF).

Dengan ini, AOC akan terus mengeluarkan monitor gaming yang baik dengan melihat permintaan semasa seperti paparan 360Hz, panel yang besar, mini-LED, super lebar dan ultra lebar serta skrin melengkung 1000R.

Sumber: IDC Quarterly Gaming Tracker via Siaran Akhbar AOC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY