Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Dengan Prestasi Terbaik Bagi Januari 2019

Seperti kebiasaan, platform penanda aras, Antutu, akan berkongsikan senarai 10 telefon pintar terbaik untuk sepanjang bulan.

Bagi tempoh Januari 2019, nubia Red Magics Mars berjaya mengekalkan kedudukan ditangga pertama, diekori oleh Huawei Mate 20 dan Honor V20.

Dua lagi siri Mate 20 turut berada dalam carta iaitu Mate 20 dikedudukan keempat dan Mate 20 Pro dikedudukan ke 7.



  1. nubia Red Magic Mars

  2. Huawei Mate 20

  3. Honor V20

  4. Huawei Mate 20 X

  5. Honor Magic 2

  6. Xiaomi Black Shark Helo

  7. Huawei Mate 20 Pro

  8. OnePlus 6T

  9. Vivo Nex

  10. ASUS ROG Phone


Jika diperhatikan dari segi cip yang melengkapi peranti, lima daripadanya menggunapakai Snapdragon 845 dan lima lagi Kirin 980.

Mungkin dengan kemunculan Snapdragon 855 nanti bakal merubah kedudukan. Setakat ini, senarai untuk pasaran global belum lagi dikeluarkan oleh Antutu.

Sumber: GSMArena