Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackshark 5 azee

AnTuTu – Ini Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2022

Diterbitkan Julai 5, 2022 · Dikemas kini Julai 5, 2022 oleh ariff bukhari

Laman penanda aras AnTuTu telah mengeluarkan senarai terkini telefon pintar paling berprestasi bagi bulan Jun 2022.

Menurut AnTuTu, telefon pintar Black Shark 5 Pro adalah peranti paling berprestasi dengan memperoleh skor markah setinggi 1,040,111.

Diikuti oleh Red Magic 7 Pro (1,031,867 markah), Lenovo Legion Y90 (1,016,346 markah), iQOO 9 (1,008,842 markah) dan iQOO 9 Pro (1,005,116 markah).

Kelima-lima telefon pintar tersebut dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1.

Berikut adalah senarai 10 telefon pintar berprestasi tinggi yang terbaik bagi bulan Jun 2022 menurut AnTuTu:-

antutu jun 2022

Sementara bagi kategori telefon pintar pertengahan pula, AnTuTu senaraikan iQOO Z5 yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G sebagai juara carta dengan skor markah 577,956.

Diikuti oleh OPPO Reno8 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 1  (573,115 markah) dan OPPO K9s 5G juga dikuasakan oleh cip Snapdragon 778G (539,049 markah).

Selebihnya pula telefon pintar yang lain menggunakan cip Snapdragon 778G, 778G+, 780G dan MediaTek Dimensity 900.

Berikut adalah senarai 10 telefon pintar bagi kategori pertengahan terbaik menurut AnTuTu:-

antutu jun 2022 1

Sumber: AnTutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY